Entri Akhir 2011

8:38 AM Faz.M 4 Comments

Assalamualaikum....
Tak sedarkan? Tiba-tiba je dah nak masuk tahun baru. Time ni sibuk la nak fikir apa yang dapat kita achieve untuk tahun ni. Ada atau pun tak ada. Aku? Macam takde. Tapi, bersyukur sebab niat nak buat bisnes online tu berhasil jugak akhirnya. Tolak tepi soal laku atau tak sebab semua bergantung kepada usaha dan rezeki dari Allah SWT. 

Azam 2012?

Aku cuma nak kerja yang lebih baik. Masa makin suntuk ni sebenarnya. Moga peluang baik untuk aku akan datang lagi untuk tahun depan. So, untuk entri akhir tahun ni aku nak semak balik entri apa yang paling mendapat perhatian pembaca untuk tahun ni. Jom cekidaut!

Yang pertama adalah entri berkenaan dengan kisah si gadis manis yang sudah menyambut panggilan Ilahi, Rara Zikry. Entri kedua pasal beza masa remaja aku dulu dengan remaja zaman sekarang dan yang ketiga paling hit entri berkenaan dengan Azrinaz Mazhar Hakim. Mostly, entri ni dapat perhatian viewers dari Brunei. Aku tau memang ramai yang nak tau khabar dia. Actually, entri ni takde pun cakap yang aku tau apa jadi pada dia sekarang. Ia cuma berkenaan rasa ingin tahu aku tentang khabar dari wanita yang menjadi perhatian orang ramai secara tiba-tiba ini.

Setakat pagi ni, jumlah penjengah aku adalah...


Sebanyak 19 300. Mungkin kerana banyak jugak entri aku yang aku letak di Apesal.com. It helps me a lot. Kalau aku tak letak dekat web tu jumlah penjengah aku takkan mencecah ke 20 000 untuk tahun ni... :)

Untuk tahun ni, aku berdoa dan berharap akan terjadi perkara yang baik-baik dalam hidup aku. Tak kisah la dalam apa segi pun. Aku pun berazam nak jadi orang yang lebih baik, muslimah yang lebih istiqamah, perbaiki hubungan aku sesama manusia dan hubungan aku dengan Allah SWT. 

Selamat Tahun Baru 2012 buat semua PENJENGAH dan kesemua PENGIKUT blog I Love Writing. Thanks you so much sebab sudi baca entri dari blog ni. Aku harai sangat-sangat. Thanks jugak kepada family aku yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku. TERIMA KASIH!!!!

May Allah SWT bless all of you ALWAYS!!! :D

4 orang bagi komen:

pena rozie said...

Selamat tahun baru....

Selamat Tahun Baru PR... :)

Ain Dzaya said...

semoga tahun ini menjadi lebih bermakna untuk mencari kesempurnaan dalam diri...
dan keeping blogging!

I hope so Ain..
Yeah! blogging tu mesti..hehe