Kerah Idea Hujung Minggu

5:43 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Cuba lakukan rutin dulu-dulu yang begitu rajin mengetuk keyboard IBM. Saat jari-jari aku berjalan menulis sambil kerah idea aku dilanda bersin yang tak henti-henti. Penyakit yang Allah beri adalah ujian buat kita. Supaya kita ingat padaNya. Jadi, Alhamdulillah. Aku bersyukur. Aku memang mudah di serang selesema.

Aku tak tau nak cerita apa. Paling-paling aku cakap apa yang aku buat. 2 minggu ni agak sibuk buat aku. Tiba saja weekend aku dah macam lipas kudung dekat rumah. Buat macam-macam benda dek kehadiran tetamu jauh. Syukur juga kerana masih ada yang sudi bertandang ke rumah kami. Aku anggap itu semua sebagai latihan jika ada kesempatan buat aku menempuh alam rumah tangga.

Selain itu, aku juga sibuk menyiapkan baju-baju milik adik dan kakak aku yang cantik manis itu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur minggu hadapan. Itu saja la pun. Kiranya masa lengang aku memang banyak terisi. Owh, nak bagi tahu juga, aku tak sangka entri lepas tentang Arwah Rara mendapat view yang tinggi sejak beberapa hari yang lepas. Mungkin mereka punya rasa ingin tahu mengenai diri Rara yang sudah pergi bertemu ilahi. Semua itu hanya kebetulan. Syukur juga kerana itu... :)

Apa lagi?

Itu saja. Tiada kisah menarik untuk di kongsi. Asalkan aku menulis lagi di sini... :)

0 orang bagi komen: