Pergi Tak Kembali

3:03 PM Faz.M 0 Comments



Assalamualaikum...
Minggu lepas aku lalui dengan pelbagai rasa. Baru pulang dari berjalan sakan. Dari Johor ke Kota Lumpur kemudian Selangor selepas itu Melaka berakhir di Segamat dan pulang ke tanah tempat kelahiran Kluang, Johor.  Aku dan keluarga pergi bertandang ke majlis kahwin sepupu aku di Kuang. Barakallah untuk pasangan pengantin. Semoga hubungan mereka dirahmati Allah swt. Takde apa yang dapat kami sekeluarga bantu. Hanya meringankan tangan mengangkat pinggan, menghidang kuih dan membasuh pinggan semasa majlis nikah berlangsung. Itu saja bantuan dari orang jauh. Maaf jika tak mencukupi.

Berjalan memang seronok. Tapi, berjalan diringi dengan pelbagai konflik itu yang buat otak penat memikir. Tak semena-mena aku terkena jangkitan batuk kahak. Nasib badan duduk bekerja bersama orang berpenyakit. Tapi, aku terima sahaja dan sudah bersedia pun sebab antibodi aku sedari dulu senang terkena jangkitan penyakit. 

Blog dah semakin bosan. Maaf pada yang rasa begitu. Aku menulis sekadar yang termampu. Sudah beberapa hari offline aku dikejutkan dengan berita kematian seorang guru yang sangat berjasa buat aku. Terasa menyesal tak bukak notifikasi di muka buku. Info dari group sekolah lama aku buat endah tak endah bahana mereka-mereka yang suka tambah cerita karut dalam group buat aku malas nak membuka. Akhirnya aku sendiri terlambat tahu tentang berita kematian guru bahasa melayu aku itu.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Puan Rahayu Ismail yang katanya meninggal dunia kerana serangan jantung. Cikgu aku itu jatuh dibilik air kerana serang jantung. Cerita sahih sama ada beliau benar-benar punyai penyakit itu tidak pula aku ketahui. Bersama cikgu Rahayu aku teringat dua peristiwa ketika belajar bersama beliau. Yang pertama, tentang luahan hatinya tentang politik di negara kita. Cuma sedikit mukadimah kerana semua sedia maklum bahawa seorang guru tak boleh berbicara soal politik di dalam kelas sedangkan ia untuk pengetahuan bersama murid-murid. 

Peristiwa kedua pula bila cikgu Rahayu menayang wajah duka kerana aku tidak mendapat A untuk subjek bahasa malaysia yang diajarnya untuk SPM. Sebak aku ketika dia bertanya, "Macam mana awak boleh dapat B3?" Aku sekadar menggeleng tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku sendiri yang tak give the best sewaktu menjawab kertas soalan itu. Maaf cikgu...

Cikgu seorang yang sangat tegas tetapi dia sering berusaha untuk mudahkan semua pelajarnya. Membantu apa yang termampu. Seronok belajar Sejarah dengan cikgu walaupun kadang-kadang dihambat rasa mengantuk yang tak bertepi. Tapi, dek kerana minat dengan subjek sejarah aku cuba juga ketepikan rasa mengantuk itu. Perginya seorang guru yang begitu berdedikasi dan tidak akan kembali lagi. Semua orang sangat terkejut dengan berita itu. Pada Allah swt aku panjatkan doa agar roh cikgu di cucuri rahmat olehNya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Al-fatihah...

p/s: Masa untuk aku juga akan tiba suatu hari nanti. Moga cikgu halalkan segala ilmunya buat aku dan memaafkan apa saja salah silap yang pernah aku buat dan tak pernah aku buat kepadanya..amin...

0 orang bagi komen: