Rara sudah pergi bertemu Ilahi...

10:16 AM Faz.M 0 Comments

Khas buat,
Allahyarhammah Rara Zikry....


1 tahun setengah kau menanggung derita
Tiada apa yang mampu kami berikan
Hanyalah doa buat dirimu sihat semula

Mungkin kita tidak kenal sesama kita
Tapi, aku sama seperti kau juga
Keturunan Nabi Adam a.s sesugguhnya

6 Muharram 1433H tarikhnya
Kau pergi buat selama-lamanya
Terpahat sudah memori hidup yang kau cipta
Jelas ini dunia sementara

Aku takkan berhenti berdoa
Di tempatkan dalam golongan beriman hendaknya
Sesugguhnya Allah s.w.t menyayangimu lebih dari kami semua

Bersemadilah engkau dengan tenang
Tamatlah derita segala kesakitan
Nama indahmu tetap jadi sebutan
Hiduplah di sana dengan aman...

Al-fatihah....

0 orang bagi komen: