Untungnya lahir sebagai Islam

11:05 PM Faz.M 1 Comments


Assalamualaikum...
Jika aku punya masa akan ku capai Quran kecil berkulit coklat itu. Bukan. Aku harus punya masa untuknya. Membaca dan mendalami isi kandungan setiap helaian yang menjadi tatapan mata dan sebutan yang hadir dari mulut aku.

Aku sudah sampai kepada Surah Hud. Surah yang banyak menyatakan tentang kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan kerana keengganan mereka mengikut telunjuk rasul-rasul kita. Ia buat aku berfikir sejenak. Betapa beruntungnya kita lahir sebagai seorang yang beragama Islam.

Kenapa aku berkata begitu? Kerananabi-nabi kita dahulu bekerja keras untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan itu hanya SATU. Hanya Allah s.w.t. Sesungguhnya tiada yang lain selain Dia. Sekali mereka ingkar akan seruannabi-nabi kita mereka terus di timpa bala sebagai petunjuk akan kekuasaan Allah s.w.t.

Kita sendiri yang lahir terus menjadi Islam tidak pernah menghargainya. Betapa Islam itu indah. Betapa beruntungnya kita lahir sebagai Islam. Kita sudah tersedia dekat dengan Allah. Bukan seperti mereka yang lahir sebagai bukan Islam. Tidak semua mereka akan mendapat petunjuk dan hidayah untuk menjadi sebahagian besar dari umat Islam di dunia ini.

Apa lagi yang kita mahukan?

Allah itu maha besar. Yang menciptakan kita untuk hidup di dunia sementara. Dunia adalah tempat untuk memperbanyakkan bekalan di akhirat kelak. Dunia bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa mengambil kira janji Allah tentang kiamat.

Ia sebagai peringatan buat aku juga. Aku masih belajar dan akan terus memperbaiki diri. Untuk kekal menjadi baik itu memang susah kerana pelbagai dugaan sebagai ujian keimanan kita terhadap Allah akan kita tempuhi. Tapi, untuk lalai dan leka itu sangat senang kerana ia akan berlaku dalam sekelip mata jika kita tidak peka dan tak menjaga apa yang kita ada sekarang dengan baik.

Jadi, berdoalah agar kita sentiasa berada dibawah lindunganNya. Berdoalah agar kita terus beriman kepadaNya. Bredoalah agar hidayah ini kekal dihati kita dan berdoalah agar syurga itu milik kita. Bersama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang beriman dan bertakwa.

Sumber : fadillaakbar.wordpress.com

1 orang bagi komen:

plan said...

tq melawat blog, bru bln 12 ni blaja masak sket, bosan gak cuti x bwt pape, tpi x bnyk lgi yg smpt blaja... skrng pon tgh bz, x dpt cbe bwt resepi bru/update blog.. blogging pon bru lgi, bnyk bnde lgi x smpt blaja psl blog.........anyway, tq melawat blog