Antara percaya dan tidak: Kiamat sudah dekat

12:52 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum....
Aku dapat tau mengenai video ni melalui blog Bro Wacanaku. Aku letak di FB. Mula-mula dengar saja bunyi tu, Allahuakbar. Tak dapat nak gambarkan apa perasaan aku. Mungkin ada yang percaya dan tidak. Kalau pun ia tidak benar aku tetap akan percaya bahawa sampai satu saat dajjal atau Yakjuj dan Makjuj tetap akan munculkan diri sebab ia sudah termaktub di dalam Al-quran. Itu yang seharusnya kita percaya. Bahawa Akhirat itu adalah pasti dan kiamat itu memang semakin dekat di kala umat Islam kini dikenal sebagai umat akhir zaman. 

Ada satu komen dari orang yang aku kenali setelah video yang sama turut dikongsi di laman FB nya. Katanya ia adzlah bunyi yang terhasil kerana kadar frekuensi yang tinggi dari bawah tanah. Soalnya, mengapa bunyi itu kedengaran hampir di seluruh dunia dan mostly dalam masa yang sama cuma waktu yang berbeza. Maksud aku ikut waktu negara-negara tersebut. Ada malam dan siang. Menurut mereka yang berada di Sarawak, bunyi inikedengaran dari jam 3.00 pagi hingga ke subuh. Mungkin kerana itulah ada yang sempat merakamkannya. Sebab bunyinya lama. Maha suci Allah yang akan sentiasa menunjukkan kebesaranNya kepada kita makhluk ciptaanNya ini.

Allah mahu kita ingat. It's a sign. Petanda bahawa kiamat itu pasti. Apa persediaan kita untuk itu? Sedarlah bahawa dunia ini hanya sementara saja. Sama-samlah kita kembali ke jalan Allah SWT dan terus beribadat kepada pencipta yang SATU. Inshaallah....

Yang ini berlaku di Sarawak..


yang lebih clear...

2 orang bagi komen:

atok_hensem said...

ada pendapat mengatakan pertengahan ramdhan tahun ini akan kedengaran bunyi yg mengerikan dr langit....mengenai bunyi di sarawak tu,cuba try google `HAARP`...

wallahuaklam...

Faz.M said...

Sesungguhnya Allah sudah memberi sedikit demi sedikit peringatan supaya kita beriman dan beribadat kepadanya...

tq for the info... :)