Entri Tahun Baru 2012

7:07 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Iya, aku lewat sehari sebab semalam tak punya masa untuk ketuk keyboard. Satu hari yang penuh dengan aktiviti. Dari lepas subuh sampai ke malam. Dan ya, Johor tak bercuti hari ni. Jadi, harus bekerja walaupun antibodi kembali akur dengan keadaan cuaca yang dari hujan lebat ke panas terik. Buat aku lemah badan dan 'hampir' demam. Dah telan ubat untuk make sure esok hari boleh bekerja seperti biasa. 

Ramai blogger dah update semalam apa azam dorang untuk tahun ni. Aku pun punya azam walaupun aku tak suka untuk berazam. Teruk betul aku ni. Haha. Untuk tahun 2012 aku berazam untuk:

1- Jadi seorang yang LEBIH penyabar.

2- Buang rasa MARAH dalam diri yang tak tentu pasal tu supaya tak buat orang lain kecik hati.

3- Berhenti tengok rancangan HIBURAN. Alhamdulillah, banyak jugak program hiburan yang aku dah tak ambil tahu sedangkan sebelum ni itu la yang aku ngadap sampai tak boleh tinggal.

4- Menjadi anak yang LEBIH baik terhadap ibu bapanya.

5- Menjadi adik dan kakak yang lebih BAIK kepada adik-beradik aku yang lain. Harapnya aku tak kecikan hati kakak ngan adik aku lagi tahun ni. Sorry korang.. :(

6- Memperbaiki hubungan antara sesama manusia. Kawan-kawan dan sedara mara.

7- Berusaha untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.

8- Jaga makan dan lebih exercise. Huhu.

9- Memperbaiki penampilan diri ke arah muslimah yang lebih baik. Masih berusaha.

10- Paling PENTING sekali, kena berusaha untuk tingkatkan IMAN dan kekal dalam hijrah yang dah aku buat masa 2011. Insyaallah... :)

Tiba-tiba terbanyak. Hehe. Senang cakap, aku nak perbaiki segala perbuatan yang tidak baik itu ke arah yang lebih baik. Nak banyakkan amalan dan bekalan untuk akhirat. Insyaallah, jika di izinkan Allah SWT.

Itu aje la pun. So, see you in the next entry. Tahun baru, mulakan dengan semangat dan positif la dengan setiap perkara yang anda lalui. Nak buat pantun sikit la. Boleh? hehe

Tahun 2011 berlalu pergi
Tinggalkan saja segala memori
2012 hadir kini
Tempuhi dengan lebih positif

p/s: Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk beribadat kepadaNya. :)

2 orang bagi komen:

aindzaya said...

moga tahun baru nie lebih bermakna dgn azam yg bertimbun yep..hehehe

Faz.M said...

eheheh..tu la tetibe jer terbanyak..tp, tu semua dlm kategori yg sama..berubah ke arah yang lebih baik... :)