Gaji minimum RM900? Bagus la...

11:39 AM Faz.M 2 Comments

Gaji minimum RM900 bakal dilaksana Julai


Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2012/01/04


Lebih lima juta pekerja swasta nikmati manfaat

KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.

Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.

Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.



Apa pendapat korang? Aku rasa memang patut pun sebab zaman sekarang semua pakai duit. Harga barang makin naik . Tapi, basic gaji tetap jugak 500-600. Macam dah tak releven lagi sedangkan banyak jugak income yang sektor swasta dah dapat. Kita tunggu jela nanti sama ada akan terlaksana atau tak ya. Kalau ya, bagus la. Aku setuju sangat-sangat. Heheh.


2 orang bagi komen:

wah bestnye sape2 yang naik gaji tu..murah rezeki :)

Faz.M said...

itu cik AJ..kalau ada rezki la kan..kalau takde nak kata ape..hehe