Hakim tak bertauliah

4:04 PM Faz.M 4 Comments

Assalamualaikum....
Sebelum start mengolah topik nak bagi tahu yang entri kali ni sebagai peringatan kepada aku jugak sebab tiba-tiba aku terfikir tentang hal ni. Mari mulakan. Aku rasa lumrah manusia memang suka menilai orang dari luaran. Padahal tak tahu pun dalaman seseorang tu. Sesungguhnya, Allah SWT itu lebih mengetahui segala-galanya.

Aku sendiri pernah atau lebih tepat sekali selalu jugak 'judge a book by its cover'. Contoh, bila tengok artis wanita yang pakai pengilat kuku. Terus cakap dalam hati, 'Mesti tak solat ni.Bad is it? Sedangkan aku sendiri tak kenal pun artis tu macam mana. Macam mana life dia hari-hari. Ataupun time tu tengah berkibar bendera merah ke. Bersangka baik... :)

Aku teringat talk yang aku tonton di YT last week bila Sham Kamikaze kata, betapa ramainya orang menganggap bidang hiburan ni sesuatu yang buruk. Cuba fikirkan pemain bola sepak yang turun ke padang dari pukul 4.00 petang sedangkan game start pukul 6.00 petang. Sham kata lagi, dia takkan kata, 'Dia ni mesti tak solat.' Tapi, dia akan persoalkan, 'Bila dia ni solat?'. 

See. Instead of negative thinking, baik fikir yang baik-baik saja. Sebab kita takde hak nak menghukum mereka itu siapa. Doakanlah semoga mereka sedar dan kembali kepada Allah. Itu adalah cara yang lebih baik. Lagi satu bila kita rasa kita ni orang yang baik ketahuilah ada orang yang lebih baik dari kita. Dan tak semestinya bila kita mendapat petunjuk daripada Allah, kita akan kekal bersama denganNya.

Kenapa?

Sebab jika kita mula riak dan merasakan 'Aku betul, mereka tidak. Aku solat, aku orang baik. Mereka tak solat, mereka tidak baik.' No. Stop doing that. Sebab bila-bila masa saja Allah boleh menarik nikmat itu kembali apabila kita tak bersyukur malah berasa riak dengan apa yang kita ada sedangkan ilmu yang kita ada tu sikit sangat jika nak dibandingkan dengan para ulama.

Ada orang yang solat cukup lima waktu. Tapi, hatinya masih kurang baik. Ada saja perkara yang dikatakan tentang orang lain. Tapi, mereka yang tidak solat dan tidak menutup aurat itu lebih mulia hatinya jika nak dibandingkan dengan mereka.

Aku pernah baca artikel tentang,Asalkan hatinya baik di Iluvislam.com. Tentang seorang pemuda yang berbalah dengan seorang ustaz. Pemuda ini tegas menegakkan bahawa perempuan yang menutup aurat itu tak semestinya punya hati yang baik. Ustaz itu pula menjawab dengan penuh hemah, "Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah."

So, siapa kita untuk menilai sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Adalah lebih baik jika kita sama-sama berdoa agar umat Islam negara kita ni akan lebih memahami Islam. Dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah. Ingat, ini dunia akhir zaman. Tak rugi jika kita peringati antara satu sama lain. In a good way. Harus bijak dan jangan melalui provokasi. Insyaallah, bila tiba masanya mereka akan pendapat Hidayah Allah... :)

p/s: Proses untuk menjadi orang yang baik itu bukan mudah kerana selagi hati ada hasad dengki dan amarah kita tetap akan jadi orang yang sama. Ingatan untuk aku sendiri.. :)

4 orang bagi komen:

kena buang perasaan hasrat dengki tu kang..skrang ni semua orng nak jadi hakim.. hmm

Em..tu la Zuan..sedihnya org Islam yg ramai buat mcm tu...

Ramona Bunga said...

ramai sangat orang macam ni dalam masyarakat melayu kita. hmmm

mmg pun Ramona..sbnenya byk yg nk kena ubah..terutama sekali pemikiran...