HATI. Allah SWT yang pegang

1:31 PM Faz.M 0 Comments

Allah itu maha berkuasa
Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahukan
Dan Dia juga berupaya menarik balik Hidayah yang diberikan

Hati

Ingat ini
Hati kita Allah SWT yang pegang
Dia juga mampu membolak balikkan Hati kita
Jangan terlalu yakin bahawa kita sudah cukup baik
Atau kita adalah ahli syurga

Kerana

Sekali kita terleka
Padah yang kita terima
Jika kita riak
Dengan mudah kembali ke lembah dosa
Siapa kita jika nak di bandingkan dengan Rasulullah SAW??
Kita belum cukup berilmu untuk menilai baik buruk orang

Ketahuilah
Sesungguhnya, Allah SWT itu lebih mengetahui segalaNya
Luar dalam isi bumi
Jadi, jangan cepat menghukum orang lain
Nilai diri kita terlebih dahulu
Sebelum berkata tentang orang lain

Sekali jari telunjuk itu menunjuk salah orang
4 lagi jari itu terarah ke arah kita
Kita tidak berhak untuk menilai dan menghukum
Doakanlah yang terbaik untuk semua Umat Islam
Insyaallah, hati kita akan tenang

p/s: Simpati dengan nasib si gadis pintar yang menjadi tohmahan orang ramai. Cakap la apa saja pun, dia tetap pintar. Korang ada ape?

0 orang bagi komen: