I thought we are in the same boat..But...

4:21 PM Faz.M 0 Comments


Sebelum pulang hatinya tergerak untuk mengambil sesuatu dari bilik tengah itu. Rak separas tengkuk dihampiri. Mata melilau mecari. Setelah novel yang dicari dijumpai, dia tersenyum.

'Moga Afa menyertai aku.' Bisik Afa di dalam niat yang dipasak di dalam hatinya tika itu.

Tepat jam dua, kereta kelisa milik Afa berhenti di hadapan rumah Athia. Hujan diluar rumah tidak di ambil endah oleh Athia lantas di redah saja lalu masuk ke dalam kereta milik Afa.

4 jam sebelum itu....

Telefon bimbit Athia berbunyi tanda satu pesanan ringkas di terima. Nama Afa tertera di skrin.

I need someone. I need somebody to talk. I need you. - Afa -

Mesej ringkas itu dibaca Athia dengan rasa ingin tahu.

I'm listen. - Athia -

Aku perlukan seseorang untuk dengar cerita aku. Boleh aku percayakan kau? - Afa -

Depends.Kalau kau rasa boleh. Then, go on. - Athia -

Aku. Aku tak tahu nak pilih jalan apa. Antara hati dan dosa. Semua merunsingkan aku. Kita jumpa? - Afa -

Athia terkaku. Berat bunyinya masalah Afa ini. Adakah aku boleh membantu hanya dengan menjadi pendengar? Apa yang Afa sudah lakukan sebenarnya? Sesuatu yang haram ke? Harapnya tidak kerana Athia tahu Afa seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Allah. Cuma mungkin ia masih banyak perlu diperbaiki. Tapi, benarkah iman Afa seteguh dahulu. Atau kini tidak lagi? Jemari Athia laju menaip membalas mesej dari Afa.

Lunch time? Pick up aku dekat office ok.. - Athia -

Ok. Thanks a lot Athia. - Afa -

Di dalam kereta.

Masing-masing diam seribu bahasa. Janggal. Athia cuba mengubah ia menjadi susasana biasa.

"Bila kau balik?" Athia memulakan bicara.

"Hmm. Dah seminggu. Aku cuti." Afa menjawab dalam rasa serba salah terbuku di dada. Ruang jadi sepi lagi.

"Kita nak makan dekat mana?" Afa mengusul tanya.

"Entah. Aku ada tau satu tempat ni. Tapi, tak tau la dah buka ke belum." Afa hanya mengangguk kerana faham waktu tengahari di hari Jumaat memang banyak kedai makan melayu yang tutup.

"Mcd jela macam tu. Ok?" Afa berkata lagi. Athia hanya menangguk setuju.

Selesai membeli Mcvalue Lunch, tingkat atas mereka tuju. Sudut yang tiada orang menjadi pilihan mereka berdua.

"So, what happen?" Afa kian resah. Antara mahu bercerita ataupun tidak.

"I hope you can make it as a secret. Please don't tell anybody." Athia mengangguk.

"Remember Zali? Yang aku pernah cerita pada kau masa tu. He did something bad yang aku tak boleh terima. I can't believe it. Dia sanggup buat macam tu. I thought he was different. But, I'm wrong."

Athia menarik nafas lega. Jauh meleset sangkaannya tadi. Rupanya bukan Afa yang bermasalah. Tetapi, lelaki yang baru beberapa bulan yang dikenalinya itu.

Selesai membuka keseluruhan cerita, Athia memandang tepat ke muka Afa.

"So, kau nak dengar pendapat aku la sekarang? Easy. Leave him. Inshaallah, ada lelaki yang lebih baik untuk kau. Banyak kali aku pesan dan ingatkan jangan terlalu risau tentang cinta dan pasangan hidup. When the right time is coming, you will meet the right person for you. Jangan hambakan diri kerana cinta pada manusia. Hambakan cinta kau pada Allah, Afa."

Sebaris nasihat dari Athia yang diharap dapat memberi impak dalam hidup Afa. Sekurang-kurang sedikit semangat dalam membuat keputusan untuk hidupnya.

Sejam kemudian.

Athia mengelap rambutnya yang basah. Beg tangan hitam di atas katil dicapai. Novel nukilan Hlovate di tarik keluar dari dalam beg tersebut. VERSUS. Sebaris tajuk novel itu dilafaz di dalam hati. Dengan izin Allah cebisan karya milik Hlovate ini membawa kepada penghijrahan Athia kepada Islam sebenar. Walau sudah berbuah karya milik Hlovate yang menjadi bacaan Athia. Secara tiba-tiba Versus yang membuatkan dia berfikiran. Bait ayat Hlovate di dalam Contengan Jalanan, "Hati Kita Allah yang pegang" kerap bermain di mindanya. 

Benar dan sungguh. Hati kita Allah yang pegang.

'Mungkin belum masanya lagi untuk kau menyertai aku. Tapi aku takkan pernah berhenti berdoa untuk itu.' Doa Athia di dalam hati.

Keluhan berat terlepas dari bibir Athia. Perlahan Versus disimpan kembali ke dalam beg untuk dikembalikan kepada yang berhak.


Sumber gambar: lovesphotoalbum.com

0 orang bagi komen: