Kata ganti diri "Kau Aku" ketika berdoa. Salah ke?

4:20 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum....
Aku pernah ditegur oleh seorang hamba Allah yang mengatakan tidak elok menggunakan kata ganti diri "Kau dan Aku" ketika kita berdoa kepada Allah SWT. Aku berasa tersangatlah musykil sebab bukankah Islam itu mudah. Jadi, kenapa ada saja orang yang selalu merumitkan perkara yang remeh sebegini.

Jadi, untuk mencari jawapan yang pasti, ini yang aku temui...

Ana (Bahasa Arab) bermaksud saya / aku (Bahasa Melayu). Anta (Bahasa Arab) bermaksud awak (L) / kau (L) (Bahasa Melayu). Anti pula bermaksud awak (P) / kau (P). Ini adalah istilah dan penggunaan perkataan di dalam penterjemahan bahasa masing-masing. Di dalam Bahasa Melayu, penggunaan saya atau awak lebih tertumpu kepada barunya perkenalan atau penghormatan kepada seseorang itu. Dan penggunaan aku atau kau / hang lebih tertumpu kepada seseorang yang telah lama dikenali. Sedangkankan di dalam Bahasa Arab, penggunaan saya / aku atau awak / kau tetap disebut dengan ana atau anta / anti. Namun pentafsiran al-Quran al-Karim kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan aku / kau adalah lebih sesuai berbanding perkataan saya / awak. Ini kerana kalam Allah Taala Yang Maha Kuasa itu ditujukan kepada makhluknya maka perlulah menunjukkan sifatNya Yang Maha Besar. Wallahualam. 


Sumber: Forum IluvIslam

Ramai juga yang mengatakan jika kita membahasakan diri sebagai Aku dan Kau (Allah) ia membuatkan kita rasa lebih dekat dengan Allah. Yang penting kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Dekat dunia ni kan ada pelbagai bahasa. Asalkan maksud itu sampai Inshaallah, Allah akan kabulkan doa kita. Jadi, lepas ni tak perlu risau lagi. Yang penting, kita tahu dan sedar bahawa Allah itu wujud dan sedar akan kebesaran Allah SWT. 

0 orang bagi komen: