SONGLAP: Naskhah tentang hidup

10:14 AM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Aku memang sudah lama tak menonton wayang. Memang tersemat niat dihati tak nak dah pergi ke panggung. Tapi, ada saja filem yang boleh tarik perhatian aku untuk pergi menonton. Malangnya, aku sendiri tak punya kesempatan itu. Faktor tiada teman untuk di bawa buat aku lama tak menjengah diri ke panggung. Selalu aku menonton bersama keluarga. Dengan kawan jarang sekali. Sepatutnya dua filem ini, Misteri Jalan Lama dan Songlap aku berkobar-kobar nak pergi menonton. Tapi, tu la. Bila sendirian di tanah kelahiran aku hanya sempat menonton online.

Hari pertama tayangan, filem Songlap banyak mendapat komen negatif di kebanyakan ahli FB. Majoriti kata tak best. Aku tertanya-tanya jugak, kenapa dorang kata tak best? Sedangkan aku teringin gila nak tengok sebab penerbit filemnya sama dengan KAMI The Movie. So, itu yang membuat aku teruja sebab aku dapat rasa ia sebuah filem yang bagus.

Tapi, betul la adik aku selalu cakap. Apa yang kami sekeluarga suka tak semestinya orang lain suka sebab selera kami sekeluarga selalu sama. Kakak aku berkesempatan menonton di panggung dan dia memberi komen yang positif. Kenapa agaknya korang tak suka? Adakah kerana Sam tak kelakar seperti biasa? Atau korang expect movie ni akan buat korang ketawa terbahak-bahak? Ataupun korang sebenarnya malas nak faham/fikir? Kalau tu sebabnya, korang tersangatlah rugi sebab Songlap adalah naskhah tentang kehidupan. Realiti hidup. Itu sebenarnya yang patut kita tengok dan tahu.

Kisah dua beradik Am dan Ad yang hidup tiada arah tujuan. Hidup hanya untuk duit. Dua beradik yang punya fahaman berbeza tentang hidup tapi membawa maksud yang sama. Mereka berdua mahukan duit untuk hidup yang lebih baik kerana sedari kecil terabai dek sejarah lampau. Ibu ke mana, ayah ke mana. Fokus Songlap adalah pada dua beradik ini. Keperitan mereka menongkah arus hidup pada jalan yang salah. Jalan yang tak tenang. Bukan mudah dilahirkan dalam keluarga yang berpecah belah. Tapi, ikatan dua beradik ini kuat. Buruk-buruk Am pun dia hanya mahu yang terbaik untuk Ad. Ad juga begitu. Ad mahukan Am tinggalkan jalan gelap yang dipilih. Dan akhirnya Am akur.


Kalau korang perasaan banyak mesej yang baik ada dalam filem ni:

1) Pemerdagangan manusia : Jual baby, sidiket pelacuran
2) Haruan makan anak : Hawa menjadi mangsa kerakusan nafsu si ayah sehingga melahirkan anak.
3) Judi/taruhan: Sedar atau tak masalh judi tak pernah surut dalam kehidupan kita.
4) Institusi kekeluargaan: Kepincangan keluarga Am Ad dan Razak Hawa. (Masalah ini masih ada di kalangan masyarakat kita)
5) Gejala samseng: Ia berlaku tanpa kita sedar. Macam lintah darat dan Along. Masalah ni makin menjadi-jadi sekarang.

Itu yang aku nampak dan aku harap korang pun nampak. Nilai sesebuah filem itu berdasarkan mesej yang ingin di sampaikan. Memandangkan penonton dekat Malaysia ni punya macam-macam selera jadinya tak semua filem akan berjaya menambat hati penonton. Aku harap lepas ni biarlah producer2 ni terbitkan filem yang berkualiti sikit untuk tatapan umum ye.

p/s: Aku cuma peminat drama dan filem Melayu. So, komen aku hanya berdasarkan itu sebab aku takde knowledge langsung tentang seni lakonan. Pada aku skrip yang baik akan menghasilkan filem/drama yang baik... :)

p/s: Owh, aku suka tengok Sara Ali berlakon. Dia bagus. :)


Sumber gambar: NST & Google

2 orang bagi komen:

Anonymous said...

deskripsi aku tentg songlap ; setiap minit ada cerita tersendiri. berbaloi dari ombak rindu yang tak terombak jiwa tuh :)

Faz.M said...

betul..kita kena selami guna jiwa bkn mata..ombak rindu tak buat aku tertarik utk tonton sbb ada komen negatif yg buat aku tak patot tonton.. :)