Terbaik bukan Sempurna

9:52 PM Faz.M 0 Comments

Entah bila ia menerpa
Hadir di hati dan minda
Mungkin sejak tahun baru menjelang
2012 penanda arasnya
Terpasaknya janji pada diri
Untuk jadi yang terbaik

Baik dari semua segi
Itu pun jika aku aku mampu
Menjaga baik hubungan aku dengan Pencipta
Menjaga baik hubungan aku dengan keluarga
Menjaga baik hubungan aku dengan saudara-mara
Menjaga baik hubungan aku dengan rakan taulan

Ia bukan mudah dan amat susah
Kerana azam aku berjalan
hadir bersama ujian
Sebagai cabaran untuk aku terus bersama azam ini

Aku hanya ingin menjadi yang terbaik
Sebaik yang aku mampu
Dan terbaik juga sebaik itu
Bukanlah yang sempurna
Kerana tiada manusia yang sempurna
Tiada manusia yang dapat lari dari membuat kesilapan

Sekurang-kurangnya aku cuba
Mesti cuba
Cuba menjaga banyak hati
Agar tiada yang terasa
Itu yang paling sukar buat aku

Aku mesti dan harus cuba
Menyempurnakan azamku
Untuk menjadi hamba Allah yang baik
Anak, adik, kakak dan juga saudara yang lebih baik
Moga Allah bersama aku....

0 orang bagi komen: