[Video] Majlis ilmu online...

4:15 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Dulu, aku memang tak ambil kisah pun pasal kuliah agama, talk tentang agama. Apa-apa majlis ilmu la senang cakap. Tak ambil tahu pun. Kalau pergi pun mesti cepat ngantuk dan bosan. Lepas tu, rancangan agama dekat tv pun tak berminat nak tengok. Entah, macam takut pun ada. Apa-apa entah aku ni.

Tapi, itu dulu...

Masih dalam proses perbaiki diri, aku ambil inisiatif dengan dengar talk atau ceramah agama secara online. Dekat Youtube la senang cakap. Sebab aku ada minta pandangan seorang rakan mengenai cara aku tambah ilmu dengan membaca. Dia kata baca tu boleh. Tapi, kalau boleh kena juga join ceramah, usrah dan majlis-majlis agama la senang cakap. Untuk kita lebih faham kena ada guru. Harap-harap peluang untuk aku join Usrah akan datang nanti. :)

Hari ni sambil buat kerja aku pun dengar la talk di Youtube. Bicara Selebriti. Seronok sangat. Sambil dapat sedikit ilmu boleh juga ketawa sebab lucu betul dorang ni. Daripada kita asyik menonton dan mendengar yang tak berfaedah. Apa salahnya, luangkan sedikit masa untuk tambah ilmu yang sememangnya kurang ni dengan tonton/dengar talk dari majlis-majlis agama ni. Sekarang ni dah senang sangat nak dapat sumbernya. Tak payah pergi majlis tu sendiri pun dengan dengar dan tonton secara online pun Inshaallah akan dapat keberkatan dari Allah SWT. Tapi, seeloknya jika berpeluang untuk hadirkan diri boleh la pergi ya.. :)

Klik untuk tonton.. :)

0 orang bagi komen: