Apa itu Cinta?

4:55 PM Faz.M 4 Comments



Bunga memerhatikan Azim yang sedang termenung jauh. Bunga datang mendekat ke meja bulat ukiran kayu berkerusi empat itu. Bunga melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Azim. Azim masih tidak perasan akan kehadiran Bunga di situ. Di sekeliling mereka suasana hingar dengan derapan langkah para pelajar ke sana ke mari. Adat di kampus. Begitulah suasananya.

"Assalamualaikum, menung jauh nampak? Teringat dekat Rima ke?" Bunga menegur sambil mata merenung ke arah langit.

Azim tersentak. Imej gadis bertudung menutupi dada berkurung jingga dihadapannya itu di pandang.

"Sejak bila kau duduk situ Bunga?" Bunga mengukir senyum.

"Dari semalam aku tercongok dekat sini Azim. Kau kenapa? Tak jumpa Rima?" Azim kerling sekilas wajah Bunga. Gadis yang merupakan rakan baiknya sejak semester satu lagi. Tapi, sayang semenjak dia kenal rapat dengan Rima, kehadiran gadis hitam manis itu tidak lagi dipedulikan.

"Aish, tak ada soalan lain ke kau nak tanya aku Bunga. Dah lebih sebulan tak jumpa baik kau tanya khabar aku ni ha." Bunga tergelak kecil.

"Dalam masa sebulan tu la kau buat tak endah dengan aku Azim. Kau lupa?" Bunga memulangkan paku buah keras buat Azim. Azim ketawa sambil mengelengkan kepalanya.

"There's nothing between me and her." Sebaris ayat itu terpacul dari bibirnya.

"Sekarang atau dari dulu?" Soal Bunga dalam nada serius.

"Dari dulu pun aku memang tak ada apa-apa dengan dia la Bunga. We are just friend."

Bunga melempar senyum sinisnya buat Azim.

"Kalau tak ada apa-apa kenapa kau usung dia ke sana ke mari? Tengok wayang sama-sama, makan sama-sama, berpegangan tangan. Itu kau istilahkan sebagai tak ada apa-apa?"

Azim terkedu mendengar bicara Bunga.

"She just not my type. Aku tak suka perempuan macam tu la Bunga. Seksi, tak bertudung. Lepas tu bergaul bebas dengan ramai lelaki. Dia memang tak sesuai nak dijadikan calon isteri pun."

Bunga cuba untuk bertenang. Begitu sekali anggapan Azim terhadap Rima.

"Kalau macam tu perempuan macam mana yang kau suka? Yang berhijab, sopan santun, tak bercampur dengan lelaki. Pernah kau fikir, adakah kau layak untuk perempuan sebaik itu?

Azim, kau tahu tak. Apa yang kau dah buat tu adalah satu penganiayaan terhadap kaum perempuan. Bukan ke kaum perempuan itu sememangnya lemah dan sepatutnya kau lindungi dia. Sedarkan dia, bimbing dia kalau kau tahu dia dah pergi terlalu jauh. Cuba bayangkan, kalau adik kau, kakak kau kena benda yang sama macam yang kau dah buat pada Rima. Apa perasaan kau masa tu?" Bunga menunggu jawapan daripada mulut Azim.

"Kau ni serius sangatlah Bunga. Biasalah tu. Couple-couple masa-masa macam ni. Aku gerenti, Rima pun bukan serius mana pun dengan aku. Ramai lagi lelaki lain yang nakkan dia." Azim menjawab dengan selambanya.

"Istilah couple tak pernah wujud dalam Islam Azim. Suka pada seorang perempuan tu tak salah. Tapi, suka dengan tak ada niat untuk menikahinya tu yang salah. Suka-suka je nak buat apa. Mana boleh macam tu. Yang haram tetap haram. Allah sendiri menegah perbuatan macam tu. "

Azim menggarukan kepalanya. "Bila dah masuk bab agama ni yang susah aku nak berbahas dengan kau."

Bunga mengeluh perlahan. "Aku cuma nak buat kau sedar sikit Azim. Kadang-kadang aku tak faham dengan lelaki. Mereka seolah-olah bebas memilih. Suka, ambil. Tak suka, buang macam tu aje. Bila masuk bab calon isteri, nak yang baik-baik, molek-molek aje. Tapi, diri sendiri tak nak ubah pun."

Azim cuba berlagak tenang. Mencari jawapan yang sesuai untuk kembali berhujah dengan Bunga.

"Kau jangan lupa, ramai perempuan yang macam tu jugak Bunga. Sanggup tinggalkan kekasih bila dah jumpa lelaki yang kaya. Materialistik."

Bunga masih juga tersenyum. Tenang sekali. "Aku tahu tu. Bukan semua perempuan baik dan bukan semua lelaki baik. Tapi, semua pun makhluk ciptaan Allah SWT dan selagi mereka hidup, mereka boleh berubah dan bertaubat. Tapi, apa yang aku cakap panjang lebar pada kau tadi bukan soal baik buruk lelaki dan perempuan. Aku bercakap soal cinta dan berpasangan dalam cara Islam. Cara yang betul. Yang lebih proper."

Bunga bangun dari kerusi yang di dudukinya sejak dari tadi. Azim diam seribu bahasa. Dilihat Bunga menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Kertas kecil itu diletakkan di hadapan Azim.

"Aku nak pergi surau dulu. Zohor pun baru masuk ni. Kalau kau ada ada masa, boleh search movie tu dekat youtube. Kalau nak pinjam dvd terus pada aku pun, boleh jugak. Insyaallah, kau akan lebih faham apa yang aku cuba nak sampaikan. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Azim menjawab salam Bunga sambil mencapai kertas kecil dihadapannya. Tertulis dua tajuk filem yang di katakan oleh Bunga tadi.


Klik Sini ~> Apa itu cinta? [2]

4 orang bagi komen:

saya said...

kak rin, nak sambungan :)

sambungan??alahai..ni dtg tiba-tiba je ni..terus buat..huhu..

thanks sbb suka... :)

menarik lah crite ni.hee

Terima kasih... :)