It comes from Allah SWT

8:14 PM Faz.M 0 Comments


Hatinya riang menuju ke pintu masuk pusat membeli-belah itu. Secara tiba-tiba matanya terpandang akan pusat karaoke di sebelah krinya. Lantas fikirannya menerawang jauh ke detik itu.

"Apasal la rasa macam tension sangat hari ni." Jannah mengomel sendirian. Di kerling adiknya Najlah di pembaringan. 

"Najlah, jom pergi karaoke. Akak belanja." Jannah mempelawa Najlah yang sedang meniarap di hadapan komputer ribanya.

"Kita berdua je? Tak syok la kak. Tunggu Kak Lina balik la. Boleh?" Wajah Jannah semerta bertukar gembira. Langsung lupa akan janji kakak sulungnya untuk pulang ke rumah hari ini.

"Cantik jugak tu. Barulah meriah sikitkan?" Jannah mengangguk-anggukkan kepala.

Memang selalunya begitulah. Bila kepalaku berserabut dengan lambakan tugasan dari pensyarah, masalah cinta yang tak berkesudahan, masalah antara rakan sekelas. Hanya satu resolusi yang difikirkan. Karaoke. Buat diri ini jadi lebih tenang. Hilang stress. Sedangkan yang lebih afdal dilakukan adalah berzikir kepada Allah. Mohon doa pada Allah semoga segalanya dipermudahkan.

Ketenangan itu dianggap hilang bila dekatkan diri dengan hiburan.
Ketenangan itu akan diperoleh dengan bersuka ria.
Ketenangan itu akan muncul dengan menyanyi sepenuh jiwa.

Nyata diri ini memang silap. 
Astaghfirullah....

Dari jauh, Jannah terlihat wajah Fatin berdiri menantinya berhampiran dengan eskelator. Wajahnya mengukir senyum buat Fatin.

"Maaf akak lambat Fatin. So, nak pergi mana dulu ni?" Jannah betanya kepada kenalan barunya itu.

"Kita solat dulu kak. Asar pun dah masuk dah ni. Lebih elok kalau kita solat di awal waktu berbanding di akhir waktu." Jannah mengangguk seraya berlalu beriringan bersama Fatin menuju ke surau pusat membeli-belah itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

(Surah ar-Ra'd, ayat 28)

p/s: Ketenangan itu hanya akan diperoleh daripada Allah SWT. Segala nikmat yang kita ada sekarang semuanya adalah milik Allah. Jadi, kena selalu beringat. Nota ini khas untuk aku juga. Semoga aku dan kalian juga, Insyaallah akan selalu ingat, mengadu, merayu hanya pada Allah SWT kerana itu yang Allah SWT tunggu daripada kita.... :)

0 orang bagi komen: