Kekasih Allah SWT

4:22 PM Faz.M 6 Comments


Assalamualaikum...
selawat ke atas Nabi junjungan kita Rasulullah SAW...

Apa khabar korang semua hujung minggu ni? Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk bernafas dibumi Allah dan menyambut hari kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Apa yang korang semua buat sempena hari yang penuh rahmat ni ye? Join perarakan ke? Bestnye kalau dapat join..

Sebab aku tak tau kalau2 dekat tanah kelahiran aku ni ada diadakan perarakan khas sempena sambutan Maulidul Rasul hari ni. Time sekolah dulu yela. Seronok dapat join perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. So, untuk tak nak ketinggalan merasakan kemeriahan sambutan Maulidul Rasul kali ni, sepanjang pagi celik je mata terus bukak TV Al-Hijrah. Siaran tv yang berunsurkan keagamaan. Pendekatan yang berbeza dan kini menjadi pilihan aku. :)

Assalamualaikum nama rancangan pagi tadi aku tonton sambil buat kerja rumah. Banyak topik tentang Rasul junjungan kita. Sejak minggu lepas bila tengok kalender je yang Maulidu Rasul ni dah nak dekat, asyik terfikir apa yang akan aku buat untuk rasa dan cambahkan cinta aku buat Rasulullah SAW. So, sepanjang minggu ni aku tonton 30 minit bersama Ustaz Don yang meceritakan tentang Nabi Muhammad SAW. 


Ia buat aku teruja untuk refresh balik apa yang aku pernah belajar waktu sekolah dulu dan lebih tahu tentang Rasulullah SAW. Teringat pula awal bulan lepas ketika berkunjung ke POPULAR. Aku terpandang buku Biografi Muhammad Bin Abdullah. Terus sematkan dalam hati, bila gaji nanti mesti kena dapatkan buku ni. Sayangnya, ada masalah tertentu buat aku kata, 'Takpe, lepas Maulidulrasul pun still boleh beli dan baca.' :(

Hati mula berbunga riang bila aku mengecek adik bongsu aku untuk belanja buku tu guna voucher 1 Malaysia. Untung sungguh semua yang berstatus pelajar tahun ini ye.. :)
Jadi, dia bermurah hati untuk dapatkan aku buku tu. Alhamdulillah, dah berada dalam tangan dan sedang membacanya. Terima Kasih Adik!! :D


Selain tu, minggu ni sempat jugak tonton filem animasi Muhammad Utusan Terakhir di Youtube. Ia buat aku lebih faham tentang sejarah Rasulullah SAW. Insyaallah, akan curi masa untuk tonton The Messenger pula selepas ni. Malam tadi sempat juga meriahkan rumah dengan program Cinta Masjid di tv Al-Hijrah. Selawat berkumandang di Kuala Lumpur berselawat. :)



Tengahari tadi pun sempat lagi buka ke TV Al-Hijrah juga dengan program Terengganu Berselawat. Hari ni pun hati dan bibir asyik berselawat ke atas Nabi junjungan kita. Perkara yang aku tak pernah lakukan dahulu bila hadirnya Maulidul Rasul. Dan apa yang aku harapkan, moga ia menjadi amalan buat diri aku sepanjang masa dan bukan ketika solat dan waktu hendak tidur sahaja. Insyaallah...

Walaupun, tak dapat sertai majlis penuh barakah seperti kalian yang berkesempatan menyertainya. Kita masih lagi boleh menunjukkan rasa cinta kita pada Rasulullah SAW. Teringat pula perbincangan di program Assalamualaikum yang aku tonton pagi tadi apabila ditanya kepada seorang ustaz, Bagaimana kita nak tahu bahawa kita ini cintakan Rasulullah SAW? Jawabnya, bacalah surat cinta (al-Quran) dari Rasulullah SAW buat kita. Dengan itu kita akan dapatkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW. Insyaallah...

p/s: Cintailah Rasulullah SAW seperi mana baginda mencintai Umatnya...

6 orang bagi komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Faz.M said...

itu la..tapi, xde la peminat tegar..biasa2 aje... :)

KizZ said...

Kiz dah penah tengok animasi tu...memang bagus sangat..

Faz.M said...

yela kizz..bila tgk bru kita fhm kan... :)

Unknown said...

kadang kala kita trlalu leka dengan hiburan dunia dan jadikan artis masa kini sebaga idola kita sehingga lupa yang sepatutnya kita jadikan rasulullah sebagai contoh, sebagai idola kita..

Faz.M said...

betul tu Zuan..umat akhir zaman..hiburan yg diutamakan...