Kematian kian hampiri KITA

12:16 PM Faz.M 4 Comments


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah SWT ini, diberi kesihatan untuk beribadat kepadaNya dan diberi peluang untuk menambah amal ibadat yang sememangnya kurang ini. Alhamdulillah...

Pagi tadi, aku berkesempatan menziarahi kematian di kawasan tempat tinggal. Sejujurnya, aku memang jarang sangat ziarah kematian. Tapi, kali ni tiba-tiba rasa nak pergi sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat jugak aku menjengah ke rumah arwah. 

Aku tidaklah kenal sangat dengan arwah. Arwah merupakan abang kepada rakan baik adik aku. Menemui ajal akibat kemalangan jalan raya. Kepada Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan dikembalikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diampun setiap dosanya oleh Allah SWT.

Aku pernah terbaca, bila kita menziarahi kematian seseorang ia sebenarnya untuk memberi kita kesedaran bahawa satu hari nanti kita juga akan menjadi seperti mereka. Terbaring kaku tanpa kata. Yang ada hanya orang2 yang mendoakan untuk kita. Terdetik juga dihati aku, apa yang akan aku bawa ketika di alam kubur sana. Dan sebenarnya rasa bersyukur sangat sebab masih diberi peluang dan ruang untuk terus perbaiki diri.

Tiba-tiba juga tersedar bahawa sebenarnya setiap hari kematian itu makin menghampiri kita tanpa kita tahu entah bila malaikat  Izroil akan datang untuk mencabut nyawa kita. Kita takkan pernah tahu itu semua. Kerana itulah, kita harus membuat persediaan. Lakukan segala perintah Allah dan jauhilah laranganNya. Mati itu bukan tiba ketika tua. Bila-bila masa saja ia akan tiba. Sebab itu kita HARUS SEDIA. 

p/s: Allahyarham meninggal pada usia 22 tahun. Betul2 beri peringatan kepada aku untuk terus istiqamah. Insyaallah...

sumber gambar: paksalleh.blogspot.com

4 orang bagi komen:

KizZ said...

Huuu....tersentuh hati baca entri ni...TQ..

Faz.M said...

kizz, ini pun utk peringatan kita bersama...thanks jgk sbb sudi jengah, baca dan komen... :)

Unknown said...

insyaAllah, sntiasa ingat mati..

kutbah jumaat semalam kat tmpat zuan pun menyuruh kita sntiasa ingat akan mati :)

Faz.M said...

Em..tu la Zuan..bila ingat mati automatik kita akn cuba baiki ibadat kita pada Allah..Insyaallah...