Persoalan: Hari Kekasih

12:11 PM Faz.M 7 Comments



Assalamualaikum...
Moga Allah SWT permudahkan segalaNya..amin..

Tak tahu macam mana nak mula. Entri ni terdetik untuk tulis setelah baca status di FB milik seorang rakan aku yang non-muslim berkenaan Valentine's Day yang tak patut di sambut oleh orang Islam. Tak boleh paste status itu di sini. Bimbang menjadi isu. 

Pada aku apa yang dia katakan hanya secebis pendapat dan mungkin juga salah faham. Salah faham tentang sebab utama Islam TIDAK PATUT/TIDAK BOLEH sambut Valentine's Day. Jom tengok sebab musabab kenapa kita sebagai Islam tak boleh sambut Valentine's Day ni.


Itu la sebabnya kita TAK digalakkan utk menyambut. Sebab bila kita menyambut ia di umpamakan seperti:

Hadis Rasulullah s.a.w:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


Jadi, kita sendiri sudah di beri pilihan sama ada nak ikut yang baik atau pun buruk. Kenapa mesti pilih yang tidak baik di mata Allah SWT sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang ianya salah untuk di sambut. Aku tak salahkan rakan aku ini kerana setiap agama mempunyai fahaman yang berbeza. Kita sendiri harus hormati cara mereka. Tidak perlu mencemuh atau menghina. Yang penting kita jaga diri dan Islam. Itu yang harus kita utamakan. Lagipun, kita tak perlukan sesuatu tarikh untuk mengeksperasikan kasih sayang kita kepada mereka yang kita sayang. Betulkan?

p/s: Tetiba terfikir, macam mana nak buat Islam ni dipandang mulia pada mata bukan Islam kalau kita sendiri tak menjaga Islam dengan baik. Fakta:- Kita adalah umat akhir zaman...


7 orang bagi komen:

alhikmah said...

Macam mana nak buat Islam ni dipandang mulia pada mata bukan Islam kalau kita sendiri tak menjaga Islam dengan baik?.....Kita kena amalkan agama ini secara sempurna. Bagaimana? Amalkan segala perintah Allah, tinggalkan segala laranganNya dan ikut segala Sunnah Nabi Sallallahualaihi wassalam. Baiki iman kita, muamalat kita, muasyarat kita dan akhlak kita supaya sempurna macamana yang Allah minta. Barulah orang bukan islam akan tertarik kepada islam. Waallahu Taala aklam.

Betul. Tapi, kalau ia dilakukan atas usaha individu shj takkan mencukupi..sy hrp ia dilakukan secara menyeluruh..tapi, syg sbb ramai org Islam skrg dah terkeluar dari landasan Islam sebenar..anggap remeh hukum Allah SWT tanpa ada rasa takut terhadap balasan di akhirat..

p/s: Sy bkn baik sgt..ia sbg peringatan pada sy juga... :)

MERAH said...

Salam, takutnyeee bila baca last sekali tu walaupun tulisan tu kck.'umat akhir zaman'.hehee.Sama2lah kita berusaha martabatkan Islam.

ps : Walaupun usaha individu tu nmpak lambat, tp pembentukan peribadi muslim harus bermula dari individu untuk menghasilkan individu yg berkualiti.Sama macam zaman Rasulullah dulu, nak tanamkan aqidah kpd umat Islam mngambil ms 13 tahun baru hasilkan 313 Islam yg tiptop aqidahnya.Bila kukuh aqidahnya barulah org betul2 beriman kpd Allah dan takut nak buat laranganNya.Akan tiba saat tu sbb Islam akan naik semula, itu janji Allah :)

Merah: betul tu Merah..Tapi, apa yg sy perasan makin ramai org Islam yg nak mendekati Islam semula sbb kehadiran ulama2 yg berkualiti..buktinya makin ramai anak2 muda yg sudi pergi ceramah agama, forum, talk dan meriahkan masjid seolah-olah ada kenduri..Alhamdulillah, sbb Allah tetap sayangkan kita semua walaupun kita seringkali lupa padaNya...

GadisARMY said...

Itu la sebabnya kita digalakkan utk menyambut. Sebab bila kita menyambut ia di umpamakan


mungkin ayat awak tertinggal 'TIDAK' untuk ayat kat atas. sori taw kite tegur.. hehe. time skola dlu sejak tau valentine tu xbole sambut utk org islam, saya tros lupakan tarikh tu smpi la skunk.. :)

Thanks sbb bagi tau..da baca entri ni byk kali pun still tak perasan jgk.. :)

say no to valentines day! :)