Selepas Subuh
Pagi itu aku berbaju kurung merah jambuJalan berseorang mengharung jalan berbukit
Ku temui juga tanah perkuburan
Aku sendiri tidak tahu aku berada di mana
Yang aku sedar, ada tempat yang ingin ku tuju
Aku terus berjalan
Tiba di suatu tempat
Ku lihat ramai manusia di hadapan mata
Ku hampiri kelompok itu
Sepertinya aku kenali 'dia'
Aku memohon pertolongan
Menemaniku ke tempat yang ingin ku tuju
'Dia' tersenyum dan mengangguk seraya berlalu
Ku temui lagi kelompok manusia
2 perempuan, seorang jejaka
Aku terlupa si 'dia' yang menanti
Ku mohon pertolongan pula pada si jejaka tak ku kenali
Sampai di hujung jambatan kayu konkrit ku lihat 'dia' sedang menanti
Tidak semena-mena baju kurung ku tiada di tubuh
Yang ada hanya sehelai baby T lengan pendek bersama track suit
Tudung bawal di kepala aku selimpang ke bahu
Si 'dia' memimpin tangan aku dan kami berlalu pergi
Ke tempat yang ingin aku tujui
Tiba-tiba aku tersedar..
Itu bukan aku!
Mungkin ya
Tapi, itu aku yang dulu
Aku, kini bukan seperti itu
Serta-merta aku celikkan mata
Jam di skrin E66 aku kerling, 7.40 pagi..
Astaghfirullah...
MIMPI rupanya...
Mainan tidur semata-mata..
Syukur Ya Allah... :)
p/s: 'Dia' dalam mimpi aku adalah Fahrin Ahmad. Jangan gelak!! Haha..bahana tidur selepas subuh. Padan la dengan muka aku! :p
2 orang bagi komen:
kak rin, aisshh. mimpi fahrin ahmad.. ;p
haiyo..tak sengaja la dik...huhu..layankan sgt ngantuk lepas subuh..tu yg jadi gitu tu..heheh.. :)
Post a Comment