Ulat buku ke??

9:54 AM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih dizinkan Allah untuk bernafas di bumi ciptaanNya ini. 
Aku suka membaca. Dari dulu kot. Time teenager dulu atau bahasa mudah zaman sekolah, novel cinta la yang tak habis-habis jadi bahan bacaan. Lama-lama macam dah boring sebab novel sekarang pun dah banyak yang klise. Tak sudah-sudah dengan 'kahwin paksa'. Wake up ye wahai penulis. Cari idea yang lebih bernas dan berilmiah rather than 'kahwin paksa' boleh tak? :p

Makanya sekarang, mula beralih kepada buku-buku santapan jiwa, rohani. Dapat juga tambah sedikit pengetahuan dan motivasi diri. Tapi, tak semua yang aku dah habis baca. Heheh. Memang tak patut. Kadang-kadang dah cakap pada diri, ' Hari ni mesti baca, sikit pun jadi la.' Eh, tak jadi jugak bila dah pilih tengok tv dari membaca. Paling-paling pun dapat baca banyak time sebelum tidur. In case, aku tak mengantuk gila macam semalam. :p

Buku pertama yg aku beli. Seronok sbb dapat tahu banyak tentang tokoh muslimah masa zaman Rasulullah SAW. Daripada kisah ibu baginda, Siti Zulaikha, Isteri baginda. Em, nak tau kena beli dan baca ye.. :)

Your message Meniti Jalan Suci
Buku kedua untuk motivasi diri dan juga peringatan supaya menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah.

Hadis 40: Imam Nawawi
Buku ni kecik dan ringkas. Untuk kita tahu apa yang terkandung dalam hadis Imam Nawawi.


Buku ni kompilasi dari 5 buku hasil tulisan si penulis. Baru habis baca satu buku sebab sibuk nak habiskan buku kat bawah ni. Penulisan yang segar buat kita terfikir banyak perkara. :)

Buku yang banyak sedarkan aku dalam banyak perkara. Sila baca kalau nak tahu isi kandungannya. :)

Baru beli semalam. Mesti la belum bacakan? Tapi, sebab memang dah target bulan ni mesti beli buku ni. So, Alhamdulillah, jumpa dan terus beli. Harga: RM10

Buku ni memang dah lama sangat cari sebab ada seorang rakan aku galakkan untuk baca buku ni. Tersenyum lebar aku masa jumpa buku ni semalam sebab susah betul nak jumpa. Dekat Popular takde mungkin sebab dia tak ambil publisher ni. Insyaallah, ada kelapangan aku akan baca... :)

p/s: So, aku ni ulat buku ke? Entah. Tak jugak kot. Sebab aku hanya membaca bila ada masa. Tak pun aku tetap akan cuba cari masa untuk membaca. :)

Thanks sudi jengah... ;)


2 orang bagi komen:

Unknown said...

bagus tul, bauchar buku zuan bru pakai 50 semalam.. huhu itu pun jenuh carik stuff nak beli tu..huhu

Faz.M said...

ehehe..kita beli tak pakai voucher la Zuan...kalau dah ada voucher tu mesti tak tau nak beli apa..agaknya sy pun gitu kot..huhu