Apa itu Cinta? [2]

12:57 PM Faz.M 2 Comments


Iqbal memulas tombol pintu bilik hostelnya. Keletihan menghambat diri dek kuliah yang tamat jam 6.00 petang. Sejurus pintu bilik terbuka, dia terpandang batang tubuh Azim yang duduk bersandar di kepala katil. Azim sedang merenung sekeping nota kecil ditangan. Iqbal datang mendekat. Nota kecil itu dicuri pandang olehnya. Tertera dua tajuk filem itu di matanya. Lantas dia menegur Azim yang masih terleka. 


"Sejak bila pulak kau minat tengok filem dari seberang ni Azim oi.." Azim menoleh dengan pantas apabila terdengar suara Iqbal yang hampir benar dengan telinganya.

"Filem seberang? Kau, kau pernah tengok cerita ni?" Azim makin teruja. Iqbal mengerutkan dahinya.

"Filem ni box-office kot dekat sana. Sampai di sambung ke siri lagi. Dah kenapanya kau teruja tak beringat pulak ni?" Iqbal bertanya sambil memandang tepat wajah rakan sebiliknya itu.

"Tolong cerita dekat aku filem ni pasal apa boleh?" Iqbal menunjukkan jari telunjuknya ke muka sendiri sambil menggeleng. Azim tayang muka kesian.

"Apasal? cerita jela weh.." Iqbal buat tak endah. Di capai tuala mandi yang disangkut di tepi katil.

"Banyak benda lagi aku kena buat daripada main story telling dengan kau. Ada mata, telinga pergi tengok sendiri. Search dekat Youtube nu ha. Macam tak biasa." Iqbal terus menuju ke arah pintu bilik. Azim dah monyokkan muka.

"By the way, mana kau tahu pasal filem ni? Setahu aku, filem Malaysia pun kau tak pernah nak layan. Em..let me guess. Bungakan?" Azim anggukan kepala. Dia melihat Iqbal tersenyum dan berlalu.

Azim terpinga-pinga. Tidak mengerti senyuman yang diberikan Iqbal buatnya. Nampak sinis. Malas hendak menyerabutkan kepala, Azim mencapat laptop. Punat on di tekan. Misinya sekarang adalah untuk mencari filem itu dan menontonnya sendiri. Mungkin ada sesuatu yang ingin Bunga sampaikan.

************************************

Dua bulan berlalu sejak pertemuan secara tidak sengaja antara Bunga dan Azim. Sejak hari itu, kelibat Azim langsung tak kelihatan. Azim juga tidak menghubunginya langsung walau untuk bertanya khabar. Pada Bunga, dia tidak ambil peduli sangat kerana memang mereka berdua berkawan sejak mula-mula mendaftar di kolej ini. Tapi, hubungan mereka sekadar kawan. Tidak pernah berjumpa berduaan. Masa untuk mereka bercerita hanya bila terserempak. Anehkan? Tapi, Bunga lebih senang begitu. Hubungan yang sudah di hadkan sejak awal.

"Saya dengar cerita, Azim kawan awak tu nak ke luar negara. Betul ke?" Bunga tersetak dari lamunan.

"Entah. Saya pun tak tahu. Lama betul kita orang tak terserempak macam selalu tu. Saya ingat dia sibuk. Mana awak dapat cerita ni?" Bunga nampak berminat untuk tahu cerita sebenar dari Aisyah.

"Iqbal, roomate dia yang sama kelas dengan saya tu yang cakap. Dapat offer ke apa entah. Lebih kurang macam tu la. " Aisyah membuka laci meja dan mengambil sebungkus biskut.

"Oh, tu la. Saya pun macam pelik aje sebab dah lama betul tak terserempak dengan dia. Selalu ada aje muka dia dekat meja depan kafe tu." Ujar Bunga. Wujud juga tanda tanya dalam hatinya. Mengapa sukar benar hendak melihat wajah Azim sejak peristiwa 'nota kecil' itu. Dalam diam Bunga berdoa moga Allah pertemukannya dengan Azim sebelum dia berangkat pergi.

**********************************************************

Dari jauh Bunga memerhatikan langkah kaki Azim yang sedang berjalan di kaki lima itu. Wajahnya menunduk sahaja. Sekilas pandang penampilan Azim seakan berubah. Berbaju melayu raihan dan berkopiah. Dirinya seperti tidak hiraukan keadaan sekeliling. Bunga berniat untuk menegur Azim. Tiba saja langkahan kaki Azim disebelahnya, Bunga dengan pantas menegur.

"Assalamualaikum, Azim." Serta-merta langkah Azim terhenti. Perlahan wajahnya diangkat memandang suara si gadis yang menegur. Bunga pamerkan segaris senyuman.

"Waalaikumusalam." Azim menunduk kembali. Bunga kehairanan.

"Kau apa khabar? Dengar cerita nak ke luar negara. Betul?" Azim hanya mengangguk.

"Kau sibuk ke sekarang? Boleh kita borak dekat kerusi tu kejap?" Mata Azim terus terarah ke meja berukiran kayu berkerusi empat itu. Kerusi yang sudah dua bulan ditinggalkan. Ada sesuatu yang sedang difikirkannya. Bunga masih berdiri di hadapan Azim menantikan jawapan dari mulutnya.

"Kalau kau sibuk, tak apalah. Aku pergi dulu." Bunga berhajat mahu berlalu saja dari situ setelah merasakan yang Azim seakan tidak berminat mahu berbual dengannya.

"Nanti Bunga." Bunga menoleh.

"Kita borak sekejap. Aku nak cakap sesuatu pada kau." Azim menyuruh Bunga berjalan dihadapannya. Bunga pula hanya menurut. Di lubuk hatinya bermain dengan seribu satu persoalan tentang diri Azim yang jelas sudah berubah. Hatinya tertanya-tanya.

Klik Sini ~>  Apa itu Cinta? [1]

2 orang bagi komen:

umi Hamraa said...

kak rin letak la link untuk yg part 1 kat bawah cerita ni. senanag nak rujuk :)

Faz.M said...

owh..ha ah ek..xtefikir pun...huhu...ok..baiklah.. :)