Apa itu Cinta? [3]

6:38 PM Faz.M 0 Comments



"Dah jumpa apa yang kau cari?" Iqbal tiba-tiba menyapa Azim yang sedang duduk menghadap buku tebal di atas meja belajarnya.

"Ha? Kau cakap apa tadi?" Azim termangu-mangu.

"Aku tanya, dah jumpa ke apa yang kau cari hari tu?" Iqbal menarik keluar tali beg silangnya keluar dari batang tubuhnya.

"Em, dah. Dah jumpa dan tengok sendiri. Tapi, aku macam tak bersetuju jugak dengan some situation dalam filem-filem tu." Azim meluah rasa.

"Maksud kau? Scene yang mana satu yang buat kau rasa tak puas hati tu?" Iqbal duduk di atas katil dan menghadap ke arah Azim yang bersandar santai di kerusi.

"Bila Khoirul Azam suruh jodohkan dia dengan mana-mana gadis dekat pesantren tu dan masa dia sendiri pergi melamar Ana walaupun dia tak kenal langsung Ana tu siapa.Eh, si Azam ni fikir kahwin tu boleh pilih mana-mana gadis je agaknya. Kahwin bukan untuk seumur hidup ke?" Iqbal tersenyum. Tidak sangka Azim menonton hanya menggunakan mata dan bukannya hati.

"Lagi?" Dengan selamba Iqbal bertanya.

"Ha, si Syamsul Hadi tu. Kenapa la pilih untuk jadi pencuri. Aku tak faham betul. Lepas tu, boleh pulak parents si Syilvie tu pergi melamar Syamsul. Bukan pihak lelaki ke yang patut lamar perempuan?" Azim melontar pandangan penuh tanda tanya kepada Iqbal. 

"Dah habis dah?" Azim menganggukkan kepala.

"Azim, kau ni aku rasa tengok filem tu. Tapi, tak dapat apa-apa pun dari filem tu. Yang kau nampak semuanya yang tak baik. Yang baik tak pulak kau cari. Kenapa? Ok, aku jawab persoalan kau satu persatu. Pasal Azam, kenapa kau rasa tindakan dia tu tak betul? Hanya kerana dia tak kenal Ana, tak keluar berdua untuk kenal sesama sendiri, tak buat perkara-perkara mungkar yang remaja Islam kita selalu buat. Macam tu?

Bukan ke Azam sendiri diberitahu tentang keperibadian Ana yang solehah, lulusan Al-azhar dan memang ramai yang merisik. Tapi, bukan senang untuk Ana terima. Pernah dengar bahawa Rasulullah SAW sendiri berpesan, carilah wanita yang cantik, berharta dan beragama. Tetapi, yang beragama itu adalah pilihan yang terbaik. So, bila Azam sudah menilai Ana dari sudut agamanya, Azam takkan ambil kisah tentang perkara selainnya." Begitu panjang lebar keterangan Iqbal kepada Azim.

"Tentang Syamsul Hadi pula. Kau sendiri tengok dari awal yang dia di fitnah. Oleh kerana fitnah itu ia memberi impak kepada hidup dia. Apatah lagi keluarga sendiri percaya yang dia buat macam tu. Manusia mana yang sempurna Zim. Sampai satu tahap iman kita tetap akan goyah kerana Allah SWT takkan berhenti menguji kita. Tapi, Syamsul Hadi sendiri pun tidak meneruskan apa yang dia mulakan sebab Allah SWT telah memberinya kesedaran. Kau pernah dengar kisah Saidatina Khadijah? Isteri pertama Rasulullah SAW yang menghantar wakil untuk meminang sendiri Rasulullah SAW ketika itu kerana terpikat dengan kebijaksanaan baginda dan budi pekertinya yang elok. Tak ada salahnya semua tu Zim. Lagipun parents Syilvie tu cuma bertanya sama ada dia dah berpunya atau belum." Iqbal bangun dari duduknya dan menepuk perlahan bahu Azim.

"Cinta tu seharusnya di dahului dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasul sebelum kita salurkan kepada yang berhak. Adam untuk Hawa. Lelaki untuk perempuan. Kalau rasa cinta kepada Allah dan Rasul pun kita susah nak pupuk, apa sebenarnya yang kita faham pasal cinta?" Iqbal terus berlalu membiarkan Azim berfikir sendiri dengan segala huraian yang telah Iqbal sampaikan sebentar tadi. 

Sedikit demi sedikit penjelasan Iqbal menyerap masuk ke dalam otaknya. Buat dia sendiri terfikir. Sejak mengenali Iqbal, tidak pernah sekali dia bercerita tentang perempuan. Nak keluar berdua, memang takkan berlaku kot. Kopiah pulak menjadi peneman setia kepalanya. Masjid dah jadi rumah kedua Iqbal. Iqbal memang seorang lelaki yang lain daripada yang lain. BUKAN. Iqbal bukan Azim. Bunga? Bunga juga seperti itu. Azim sendiri tidak pernah berputus asa untuk mengajak Bunga keluar berdua dengannya. Tetapi, segala pelawaan Azim itu dipandang sepi. Bila Azim membuat panggilan ke nombor Bunga, tidak pernah pula dia menjawabnya. Kata Bunga, sms saja la. Dah sms pun, pagi hantar malam baru di balas. Malam hantar, pagi baru di balas. Azim sudah letih dan semasa itulah dia terpikat dengan kecantikan Rima yang memang menjadi dambaan setiap lelaki di kolej itu. Letih berfikir Azim mengambil keputusan untuk keluar mengambil udara segar sekitar kolej. 

***********************************************

"Azim, tunggu sekejap. Aku tunggu Syuhada datang teman aku. Tak apakan? Tak manis pulak kalau orang lain nampak." Selesai berkata begitu Bunga tunduk muka memandang ke rumput segar yang dipijak kasut yang dipakai olehnya. Syuhada kawan sekelas Bunga datang dan tersenyum memandang Bunga. Dia mengambil tempat di salah satu kerusi meja berukiran kayu itu. Azim mula kekok. Memandangkan perkara itu penting dia terpaksa juga bertemu dengan Bunga dengan cara begini.

"Aku dapat offer. Sambung study dekat Jepun. Memang aku dah lama tunggu pun. Sementara nak tunggu offer tu aku ambil keputusan untuk study dekat sini dulu. Insyaallah, kalau tak ada aral minggu depan aku berangkat. So, minggu ni last la aku dekat kolej ni." Azim berbicara dengan setenang yang mungkin. Bunga hanya tersenyum.

"Tahniah, aku tahu kau memang budak bijak. Sebab tu la berjaya dapat offer tu. Ada apa-apa lagi nak cakap?" Soal Bunga seperti merujuk kepada penampilan Azim sekarang. Azim mengangkat wajah. Matanya tepat ke arah sepasang mata milik Bunga. Serentak, mereka berdua menundukkan wajah.

"Tak ada, tak ada." Azim bingkas bangun. Belum sempat melangkah. Bunga pula bersuara.

"Dah tengok Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih?" Azim terpana. Tidak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Bunga. Azim hanya mampu mengangguk dan berlalu pergi.

Bersambung...

0 orang bagi komen: