Bulatan kegembiraan.... :)

1:23 PM Faz.M 5 Comments


Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. Nak tanya ni. Pernah dengar tak pasal 'bulatan kegembiraan'? Saya tak tau sama ada ia memang di gelar begitu atau Kak Wardina yang anggap begitu. Usrah. Kak Wardina gelarkannya sebagai bulatan kegembiraan.

Seriously, before this saya memang tak tahu pun usrah tu apa. Time study dulu pernah dengar kawan-kawan yang join usrah. Saya mula ambil tahu tentang usrah bila terbaca status Kak Dina di laman muka bukunya. Cari punya cari terjumpalah apa itu usrah dan cuba tanya kawan-kawan yang saya kenal sebab saya teringin nak rasa macam mana suasana usrah tu.

Alhamdulillah, atas bantuan seorang rakan yang saya hanya kenal di alam maya, Iffah akhirnya saya dapat sertai usrah pertama saya pagi tadi. Baru seisi taaruf. Masyaallah, sangat bermakna walaupun hanya berkenalan. Walau hanya bertiga, itu dah cukup buat saya gembira melalui pengalaman baru ni. Tak percaya? penjengah yang membaca boleh mencubanya... :)

Kami berkongsi pengalaman dan cerita. Mereka berdua terima saya seadanya saya walaupun saya ceritakan tentang kisah silam saya. Ya, mereka berdua gadis yang baik-baik, tulus dan suci. Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab Allah sentiasa bersama saya, permudahkan perjalanan baru hidup saya yang baru bermula ini. Syukur sangat-sangat. Terima Kasih Allah!

Saya sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanan baru saya ini. Insyaallah, saya tahu Allah sentiasa bersama dengan saya kerana itulah saya dapat merasai nikmat sebagai Islam di kala makin meningkat usia. Pada saya, selagi kita masih hidup, selagi itu kita boleh perbaiki diri. Insyaallah.... :)

 

5 orang bagi komen:

saya said...

Kak Rin!

apa-apa pun Allah yang gerakkan hati-hati kita, sebab Allah masih sayangkan kita. :)

saya hanya perantara saja.

Moga hati kita sentiasa kekal istiqamah di atas jalan yg panjang dan penuh duri ini.inshaAllah.

tp percayalaahh, ianya sangat manis dan gembiraaaa sekali!

:DD

iye dik..akak tau tu..tapi, akak ckp thanks sbb Iffah dah tolong akak carikan naqibah..thanks sbb tu..Alhamdulillah, moga hidup akak jadi lebih baik lepas ni..Insyaallah... :)

Elly said...

Alhamdulillah, tahniah. Saya masih mencari ruang dan pepuang untuk turut bersama bulatan kegembiraan. Saudari boleh bantu?M

Insyaallah, boleh..elly duduk mana? nanti saya informkan pada naqibah saya..dia blh tlg carikan..bagi tau yelly dok mana... :)

Elly said...

Terima kasih saudari Reen. Syukur alhamdulillah,sebab sudi bantu.. Saya tinggal kawasan Ulu Kelang. Email saya - ahelly@yahoo.com