KITA mudah lupa

11:50 AM Faz.M 2 Comments

Dalam tak sedar ia terjadi
Tersentak dari lamunan panjang
Makan hari
Mungkin juga minggu
Barangkali bulan
Istiqamah kian jauh dari diri
Mungkiri janji yang ingin di tepati
Janji mahu berpuasa menahan lapar dahaga
Janji mahu solat sunat sebanyaknya
Semua!
Hilang ditelan janji dan masa
Syukur Allah sedarkan semula
Diri yang mula terleka
LUPA!
Segala janji yang terpatri
Tersemat dalam batang tubuh sendiri
Segera aku muhasabah diri
Kembali ke titik mula berjanji
KITA ini memang
Mudah benar terlupa
Bila mula ikuti kelalaian dunia
Istiqamahlah duhai diri
Agar tidak menjadi hamba kepada dunia semata


2 orang bagi komen:

Ros said...

Salam ziarah.....

Unknown said...

melayu mudah lupa