Komen aku: Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

10:28 AM Faz.M 2 Comments


 
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, selesai baca buku ini. Dah lama mencari setelah di beritahu seorang rakan untuk membacanya. Saya pasti pada siapa yang sudah membaca hasil karya ringkas pemilik nama Fatimah Syarha ini akan mempunyai pendapat yang sama seperti saya.

Perkara pertama yang muncul di kepala di kala membaca buku ringkas ini adalah, saya berasa diri saya sangat kerdil apabila berhadapan dengan watak Qaniah yang sangat sempurna dan suci. Sangat berbeda dengan diri saya yang baru merangkak membentuk diri semula.

Saya harus positif dan membaca hingga ke baris akhir buku ringkas ini. Apa yang saya dapat? Mesej UTAMA adalah penulis mahu kita sebagai seorang wanita atau perempuan atau lebih indah di gelar hawa mengambil berat tentang penjagaan MARUAH DIRI.

Betapa pentingnya kaum hawa itu memberikan cintanya kepada yang berhak iaitu lelaki yang bergelar suami. Jangan semudahnya 'memberi' kepada yang bukan mahram. Bagaimana memupuk cinta kepada Allah dan Rasul dan seterusnya diberi sedikit rasa cinta itu kepada insan bergelar suami.

Di tegaskan juga untuk kita mengenal dan memahami dahulu CINTA KEPADA ALLAH sebelum menyalurkan rasa cinta kita itu kepada manusia. Cinta kepada manusia juga haruslah cinta kerana Allah kerana sesungguhnya rasa nikmat cinta itu datangnya dari Allah jua.

Saya rasa buku ini memang bagus untuk bacaan kaum hawa supaya kita lebih bermotivasi untuk perbaiki diri. Ia sebagai peringatan buat remaja juga. So, adik-adik yang masih bersekolah pun boleh saja dapatkan buku ni. Cuba fahami apa yang penulis ingin sampaikan. Bagi yang belum berkahwin, perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik barulah kita akan mendapat pasangan yang terbaik kerana pasangan kita adalah cermin bagi diri kita. Bagaimana kita, begitulah diri pasangan kita. Bagi yang sudah berkahwin pula masih belum terlambat untuk perbaiki diri dan hubungan suami isteri. Insyaallah, Allah itu maha penyayang. Jadi, kita tidak perlu terlalu bimbang kerana Allah mengetahui yang terbaik buat diri kita. :)

Untuk lebih memahami isi kandungan novel ringkas ini bolehlah dapatkan senaskhah untuk simpanan anda. Saya sendiri jenuh mencari kerana memang sukar untuk saya jumpa di sini. Tetapi, Alhamdulillah saya dapat jadikan sebahagian dari koleksi saya sekarang. Ia merupakan novel kesayangan saya... :)

Thanks sudi jengah... :)

2 orang bagi komen:

mazlin malek said...

Saya suka cara tulisan awak.

Faz.M said...

Àlhàmdulillàh..dàh lama pun menulis..bukunya pun sy dàh hadiahķan pd org lain.. :)