Perkara asas dalam menjahit

10:48 PM Faz.M 10 Comments

Assalamualaikum...
Tajuk skema macam dalam buku teks Kemahiran Hidup ERT. Huhu. Actually, saja nak kongsi apa yang saya tahu tentang menjahit. Saya belajar menjahit 3 tahun di Poli. Mesti boleh teka course apa tu kan? Fesyen la apa lagi. Rasanya tak pernah share apa yang penting bila kita nak menjahit. Orang nampak macam senangkan? Tapi, sebenarnya ia memang tak semudah yang kita sangkakan. Saya awal2 sem dulu give up jugak la sebab tak sangka menjahit ni sesusah tu. Maybe, saya memang amek course ni. So, dia lebih detail sebab tu la susah nak masuk kepala awal2 dulu. But, once dah pandai dan boleh cope with that, memang rasa seronok sangat sebab kita boleh buat design kita tu jadi sepasang baju. :)

1) Design
Setiap orang mesti la ada taste bila nak buat baju yang dia nak pakai. Lain la kalau beli yang ready-made tu. Reda jela dengan apa yang ada depan mata. Design memang seronok. Tapi, bila sampai time nak buat pattern mahu cenoneng kepala tu kejap. Hehe. Nanti saya cerita apa itu pattern ok. Sekarang tengok contoh design dulu.

Amboi, tak nak susah pulak design tu kan. hehe. Contoh je. Ni design saya untuk final project. :)

2) Body Measurement / Ukuran badan
Ini penting untuk menghasilkan baju yang sedap atau selesa dipakai. Ukuran yang di ambil pada badan seseorang itu mesti la tepat. Tak payah longgarkan sebab ia adalah kerja semasa membuat pattern.

 

3) Pattern / Pola
Ha, ni la part yang paling penting sekali. Kalau pattern / pola kita tepat. Maka, akan cantik la baju yang dihasilkan. Most of the time, baju yang tailor buat mesti akan melalui proses alteration. Top designer pun tetap buat benda yang sama. Lain la baju kurung. Jarang orang nak alter2 ni.

 
Ini dipanggil bodice block. Mula2 ni la yang saya belajar dalam buat pattern. Bila dah tahu yang asas ni baru la kita boleh design dan create our own idea untuk hasilkan baju yang terbaik.

4) Cutting / Memotong
Ini pun boleh tahan mencabar jugak ni. Sebab kita nak kena pandai gunakan kain yang ada. Make sure cukup. Banyak kali gak kes baju yang saya buat tak cukup kainnya. Maybe, sebab tak susun dengan betul. Bahasa fesyen panggil lay planning. Ini part yang saya paling tak suka sebenarnya. Hehe.

 
Nak susun pun tak boleh main hentam je. Nak kena ikut ira kain pulak. Salah ira, jatuhan pada baju tu akan jadi tak cantik.

5) Sewing / Menjahit
Ni part lega la kiranya ni. Lepas dah melalui segala kesusahan di atas barulah dapat jahit baju yang nak dibuat tadi. Tapi, ikut design dan pattern jugak la. Kalau baju senang, maka masa pun sikit jela amek. Kalau baju tu ada letak zip la, lapik la dan trimming tu yang buat makan masa yang lama untuk di siapkan.

 
Eh, comel je kartun ni kan? hehe

6) Finish!
Bila dah siap tu baru la rasa lega sikitkan. Happy jugak sebab dapat tengok hasil kerja sendiri. 


Ini la hasilnya baju final saya tu. Jangan tak caya baju ni betul2 ada. 

Lastly, menjahit ni memang perlu kesabaran yang tinggi dan juga ketelitian. Menjahit memang boleh bawak stress. So, siapa2 yang hantar baju dekat tailor tu pun kena la sabar sebab menjahit ni perlukan masa. Kalau lambat ke jangan la marah2. Lagi2 kalau tailor awak tu ada tuntutan kerja lain. Sometimes, they need rest too... :)

Ni pulak baju yang saya baru siap jahit semalam. Saya panggil jubah kaftan sebab lengan dia terus cantum dengan badan. Tak amek masa yang lama pun untuk siapkan baju ni sebab design dan patternnya yang mudah untuk dijahit. :)


Sumber gambar: Sendiri dan Google

10 orang bagi komen:

Anonymous said...

good input!!! keep up the good work!!
(not kipidap with kardashian yer)

Pka Rahim said...

wow pandai menjahit ye. huhu :)

hi! jemput join segmen pka

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/03/pka-rahim-segmen-rakan-blogger-saya.html

tq :)

Tq cik Anon... :)

Pka: Tahu sbb mmg belajar...kalau tak mmg tak pandai jgk kot... :)

pc suka menjahit jugak..tapi xseteror akak kot..hehe. input berguna. tq;)

alahai, akak pun xterer dik..biasa2 aje..masih belajar lagi... :)

Aretikz said...

Sya pun tahu menjahit, jahitan hantami.. hehe..

Dapat ilmu menjahit masa ERT sekolah dulu.. Pergh ~ Lelaki masuk ERT? 1 tahun cuma.. haha..

kdg2 org bujang mmg kena ada ilmu menjahit..lagi2 masa2 kecemasan. Tiba2 pulak ada seluar baju yang koyak. Kena la jahit guna tangankan? Biasa je kot tu.. :)

nenot said...

betoi2..menjhit nie kekdg stress..haahaha

Mila said...

Menjahit ni kadang2 stress, tapi bagi org yang suke menjahit.. Menjahit ni salah satu terapi...hehehe

Jemput ke blog saya =) http://ibuddd.com/sakit-lutut/hilangkan-sakit-sendi-dan-lutut/

Dia jd stress ble yg di jahit tak menjadi..ha..tu mmg stress..hehe..btw, tq singgah sini... :)