Stop talking about others!

12:11 PM Faz.M 2 Comments

 

Petang yang indah di sebuah taman permainan. Ayu dan rakan baiknya Umairah sedang menikmati aiskrim di tangan.

Ayu: Episod Vanila Coklat semalam bestkan? Sweet je Izara dengan Aiman tu.

Umairah: Oh, drama tu? Ha, kenapa?

Ayu: Awak tak tengok ke drama Vanila Coklat tu? rugi tau. Ramai orang tengok. Sweet sangat dorang. Hensem dengan comel pulak tu.

Umairah: Saya dah malas nak tengok tv.

Ayu: Ha? Sejak bila? Kenapa?

Umairah: Sejak saya dah bosan.

Ayu: Maira, awak kata tengok tv tu bosan? Tak tengok lagi la bosan. (ketawa kecil)

Umairah: Bukan. Saya tak sanggup tengok saudara seislam saya buat perkara dilarang Allah.

Ayu: Maksud awak?

Umairah: Tanpa sedar kita dah tengok maksiat yang jadi depan mata kita. Mereka dah tentulah bukan mahram. Tapi, berlakon pegang tangan dan berpelukan.

Ayu: Tapi, dah namanya berlakon. Bukan betul pun.

Umairah: Tak betul pun mereka tetap bersentuhankan?

Ayu: Mengangguk. Berfikir.

Umairah: Kadang-kadang bila saya boring sangat saya cuba juga untuk duduk depan tv. Tapi, tak lama lepas tu saya akan pergi buat kerja lain. Rasa lagi boring bila tengok tv.

Ayu: Tapi, bukan awak kaki drama melayu ke? Ha, setiap hari ahad awak tak pernah missed tengok Melodikan? Kan?

Umairah: (Senyum) Tu pun dah lama saya tak tengok. Program yang banyak mengaibkan orang lain. Get information in a wrong way. Tak penting pun untuk saya tahu.

Ayu: Oh Bulan? Beautifulnara? Blog gosip. Awak layan semua tu kan?

Umairah: No. tak lagi. Saya lagi tenang bila tak buat semua tu.

Ayu: Pelik je. Dulu awak tak macam ni pun.

Umairah: I'm change. Masih berusaha. Tak boleh berhenti. Saya sedang cuba. Jadi orang yang lebih baik.

Ayu: I'm impress. Mungkin saya boleh jadi macam awak.

Umairah: Masih banyak yang harus saya perbetulkan. Ambil orang lain untuk dijadikan contoh.

Ayu: Tapi, awak kawan saya. Yang paling dekat dengan saya.

Umairah: (Senyum sambil menepuk tangan Ayu yang duduk di sebelahnya) Ikut yang baik tak apa.

Ayu: Mesti susahkan nak mula buat yang baik?

Umairah: Memang susah pun. Tapi, kena juga cuba. Saya akui kadang-kadang tergelincir jugak. Tak nak buat. Tapi, 'terbuat'. Hehe. Ha, lepas tu kena cepat-cepat balik ke garisan permulaan.Sebab tu saya kata, perubahan tu tak boleh berhenti. Setiap hari kena motivate diri sendiri jangan buat itu, ini salah. Cepat-cepat istighfar. Kita takkan pernah lari dari buat silap Ayu. Kita semua manusia biasa.

Ayu: Apa yang paling susah awak rasa?

Umairah: Berhenti cakap tentang orang lain. Mengumpat vs gosip. Kadang-kadang tanpa sedar kita terluahkan sesuatu perkara tu dan merujuk kepada seseorang. Dah masuk kategori mengumpat. Itu la yang paling susah. Benda yang sebati berpuluh tahun Ayu. Memang payah nak ubah.

Ayu: Habis tu nak buat macam mana? Saya pun kadang-kadang tak sengaja buat macam tu. Padahal nak cakap benda lain.

Umairah: Berdiam diri lebih baik. Jangan bagi apa-apa komen. Saya selalu cakap, entahlah. Lagi panjang lebar kita cakap. Lagi banyak kita bercakap tentang orang tu sebenarnya.

Ayu: Betul la Maira. Saya pun selalu macam tu. Maybe, sebab saya ni orang yang suka bagi pendapat kot. Tanpa sedar dah burukkan orang tu. 

Umairah: Kita mula perlahan-lahan. Insyaallah, lama-lama nanti kita sendiri rasa malu dengan diri sendiri untuk buat macam tu. Eh, Ayu. Jom la balik. Dah senja dah pun. Tengok tu. Budak-budak yang main-main tadi pun dah gerak balik dah.

Ayu: Ha ah la. Jom la. Kita jumpa dekat kelas esok ya. Assalamualaikum.

Umairah: Waailaikumusalam.



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"
(Surah Hujrat: Ayat 12 )

p/s: Me, remind myself too. Nak mulakan yang baik memang sukar. Tapi, kita kena cuba. Itu yang saya selalu cakap pada diri... :)

2 orang bagi komen:

RazFiRa said...

thanks. saya pon dalam usaha untuk berhenti megumpat dan bersangka buruk

susah!

tapi saya akan cuba sedaya upaya :)

iye, betul tu..mmg ssh pun..sy pun masih mencuba..sbb tu kalau nk sggh2 kne jauhkan diri dr perkara2 yg xbwk faedah..contoh mcm beckp tntg artis..tu pun mengumpat dah tu..hehe
takpe, slow2..lama2 biasa la..Insyaallah... :)