Awak bila lagi? ;)

10:56 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dipanjangkan umur menghadap minggu baru sekali lagi. :)
Semalam bukak FB terkejut sebab classmate cakap dia nak tunang. Saya rapat jugak dengan dia dulu. Tapi, tiba-tiba emo lebih sebab dia tak bagi tahu saya dulu. :p

Lepas tu saya fikir-fikir yang saya tak patut rasa macam tu. Syaitan tu ada saja agendanya nak memutuskan ukhwah. Saya siap berniat nak keluar dari class group dekat FB lagi. Amboi, niat yang tak betul langsung. But, after a few minutes dah tenang balik sebab saya doa banyak-banyak moga Allah redhakan hati saya ni. Saya fikir balik, banyak hal jugak yang saya tak share dengan dia. So, takde sebab saya nak touching lebih-lebih... :)

In fact, saya sepatutnya happy bila jodoh dia dah sampai. Alhamdulillah, saya pun dah banyak kali berkongsi rasa kecewa dia dalam bercinta. So, once dia decide untuk bertunang, I'm happy for her. Asalkan dia bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah..ameen.

Habis je study end of 2010 ramai betul kawan-kawan yang bertemu jodoh. Ramai jugak yang sedang dalam tempoh bertunang. Yang dah kahwin, tengah pregnant dan ada anak pun ada. Just imagine, dalam masa 2 tahun je, macam-macam boleh jadi. Hehe. Allah SWT itu perancang terhebatkan?

p/s: Soseh-soseh pasal kahwin, ada saja yang tanya bila turn kita. Alahai, I wish i know that. But, Allah knows better. Tunggu jela. Kalau bukan tahun ni, tahun depan, bukan tahun depan tahun akan datang. Kalau tak di dunia, mungkin di akhirat kelak... :)

0 orang bagi komen: