Just a begining...

12:37 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulilah..syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurnianya buat diri saya tika ini. Sungguh, saya sendiri tidak tahu apa lagi cara untuk saya ekspreskan rasa syukur saya kepada Allah. Ungkapan segala puji bagi Allah tak henti-henti lahir di bibir dan juga dalam hati saya. Syukur sangat. Allah sangat sayangkan saya walaupun saya ini insan lemah dan hina yang tiap-tiap hari melakukan dosa. Allah sangat hebat.. :)

Insyaallah, saya dalam perancangan untuk mula melangkah ke arah bisnes yang betul-betul serius. It was my dream since I was in standard 5. It's like a dream come true. Saya sendiri tak pernah jangka ia akan terjadi. Walaupun ia baru bermula dan masih menyusun perancangn rapi. Tapi, saya dah cukup bersyukur dengan pemberian dari Allah maha besar ini.. :)

Saat ini saya dalam keadaan kelam-kabut juga. Tak tahu nak dulukan yang mana. Pening jugak. Sebab tu la saya kena plan balik dan plan betul-betul apa yang saya kena buat dulu. Insyaallah. Saya dalam perancangan untuk sewa baju pengantin, jahit baju pengantin yang akan terhasil daripada design saya dan terima tempahan daripada anda di luar sana. It's gonna be my first project for making a wedding dress. Thanks a lot to my lovely cousin yang percayakan saya untuk buat wedding dress for her big day. Insyaallah, I will do my best and may Allah make it easier. Ameen...

Dalam masa yang sama saya juga kena prepare something yang akan beri makna seluruh hidup saya. Cannot mention it right now. So, itu yang buat ia jadi lebih mencabar buat diri saya. Untuk seimbangkan antara hidup, ibadah dan kerjaya. Again. I keep praying that Allah will make it easier. I believe in that sebab since saya study, Allah sentiasa permudahkan apa saja yang saya lakukan walaupun masa tu saya ni macam tak nampak dan tak bersyukur dengan apa yang Allah beri. Allah tak pernah lupa kepada semua hambanya. Tapi, kita yang sering lupa pada Allah SWT.

Saya akan semat dua kata-kata ini dalam diri saya untuk memotivasikan diri saya sendiri.

"Sebelum mengejar kejayaan, kita harus mencuba lakukan yang terbaik dahulu." - Ustaz Don Biyajid -


"Jangan takut, bergeraklah. Dengan bergerak ke hadapan, kita sentiasa di hadapan.
Kita akan jatuh, tersilap, dikhianati, diuji. Tetapi, kita akan belajar.
Untuk menjadi yang lebih baik lagi." - Hilal Asyraf -

p/s: Insyaallah, doakan yang terbaik untuk saya juga ya kawan-kawan semua... :)

2 orang bagi komen:

ain dzaya said...

suka quote tu..untuk dijadiakn pedoman :)

"Jadi draftsman cita cita sejak azali.".

bestkan? Jadi sumber kekuatan untuk kita lebih maju ke hadapan..Insyaallah... :)