Nasib saudara kita :'(

10:23 AM Faz.M 7 Comments


Kebelakangan ini..
Selera makan seakan mati
Tangan menyua ke arah mulut
Semerta fikiran teringat
Palestin
Apa yang mereka makan sekarang?
Di kala selesai menjamah nasi
Di capai pula sekeping roti
Fikiran pantas menerawang jauh ke..
Palestin
Apa yang mereka makan sekarang?

Pantas saja selera ku mati
Teringat segala penderitaan saudara sendiri
Lalu, apa yang harus aku lakukan?

Fikiran kembali ke usrah pertama
Sebelum taaruf bermula
Risalah boikot produk Israel dihulur
Aku menyambut
Teringat lagi
Berapa hari sebelumnya
Sudah aku amati list produk mereka
'Kebanyakkannya' menjadi kegunaan

Susah..
Payah...
Sukar...

Tiga perkataan seakan membawa maksud yang sama
Walau apa jua, aku harus tekad
Walau apa jua, aku harus nekad
Supaya tiada lagi sumbangan peluru
Dari aku untuk menyentuh tubuh mereka

Dulu aku tidak pernah peduli
Dulu aku tidak pernah mengerti
Bila rasa 'itu' menyerap di hati
Kenapa aku harus berhenti?

Walau ia nyata sukar
Aku harus mencuba...

Image: kankucarikonklusi.blogspot.com

7 orang bagi komen:

I really adore this post... =)

Thanks Afiq... :)

Hye kamu. Salam ziarah ye. Tak mo sedih2 senyum selalu ;)

Elia!!hehe..tak sedih dah..hari tu je sbb asyik terfikir..

thanks jengah sini k... :)

This comment has been removed by the author.

Wow,,,elia,,,jilisss makkk,,,heeee

eh?huhu...