Sibuk sangat ke?

11:02 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum..
Dah seminggu blog tak update... :p
Padahal ada je entri dalam draft. Tapi, tak boleh nak publish sebab tak habis kerah idea lagi. Huhu. Teruk benor. This week tak tau la kenapa rasa macam sibuk sangat. Since last week sebenarnya. Masa rumah saya buat kenduri ahad lepas tiba-tiba je time management jadi tak betul. Solat pun akhir waktu. Atas sebab-sebab tertentu la. Bukan sengaja. Eheh. Make sure after this jaga balik ye. Ingatkan diri sendiri nih. :)

Masa kenduri pulak adik saya demam kuat. Kesian dia. So, minggu ni ringankan tangan dan kaki bawak dia pergi hospital dan klinik sebab dia dah batuk teruk sampai 2 bulan. Ish-ish. Harap-harapnya takde pape la sebab result check up dia keluar next week. 

Kerja minggu ni pun macam main-main jek. Kesian dekat bos aka abang ipar dan kakak saya. Heheh. Tidur saya pun dah tak berapa nak betul dah. Lepas pukul 12 baru nak tidur. Awal pagi dah bangun. Asal ada time je mesti nak qada tidur. Ala, 15 ke 30 minit je pun. Ok la tu kan? :p

Owh, minggu ni patut ada program dengan rakan usrah. Tapi, tak dapat nak join sebab ada hal keluarga. Banyak benda kena settle sebelum saya pergi KL. Tapi, kalau takde halangan Insyaallah nak jugak join sebab program minggu ni best sebab siap ada forum dan qiamulai. Kalau betul-betul tak dapat join pun harapnya next time peluang untuk saya masih ada la ye. Insyaallah.

Em, apa lagi? Itu jela kot. Nanti saya cuba jugak curi masa habiskan Cerpen Apa Itu Cinta? bahagian akhir. Tinggal sikit je lagi. Nak kena kemaskan isi-isinya jugak. 

Thanks sudi jengah dan baca entri melalut saya ni...hehe :)

p/s: Thank you pada cik Elia Jejari Runcing yang sudi jengah dan bagi komen dekat blog saya yang tak berapa nak comel dan cool ini..huhu



0 orang bagi komen: