Susah ke Solat?

4:45 PM Faz.M 1 Comments

Assalamualaikum....
Selamat berhujung minggu buat semua penjengah... :)
Saya teringat sesuatu. Masa saya sekolah menengah saya adalah seorang pengawas. Masa tu saya memang liat sangat nak solat. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tak. Kalau solat pun memang payah sangat nak cukup 5 waktu sehari. Saya mengaku. Itu saya masa dulu-dulu.

Dalam tak buat tu jugak, ia selalu buat saya terfikir. Kenapa aku susah sangat nak solat sedangkan aku mampu melakukan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas. Jadi, apa yang susah sangat nak lakukan tanggungjawab kepada Allah SWT pencipta kita sendiri? Dalam tertanya-tanya saya masih juga seperti itu. 

Once, Allah beri saya ujian yang saya rasa memang saat sukar buat saya dulu, masa itu la baru nak dekatkan diri dengan Allah. Masa tu la solat tak tinggal, masa tu la al-Quran dijadikan penenang jiwa. Tapi, bila everything back to normal, mula lupa balik pada Allah SWT. Itu la kita manusia yang lemah, mudah sangat terlupa.

Sekarang, bila saya bukan yang dulu. Persoalan itu datang balik dalam diri saya. Apa yang sukar sangat nak solat? Saya letak ayat di bawah ini pada status FB saya 2 hari yang lepas sebab saya ingatkan diri saya sendiri juga.


Pada saya, SOLAT itu adalah tanggungjawab. Cuba fikir, jika kita mampu lakukan tanggungjawab yang lain dengan baik, kenapa bila sampai kepada tanggungjawab kepada perintah Allah, kita terus lupakan aje. Sedangkan Allah sudah beri kita masa 24 jam sehari. Sepatutnya kita boleh mengurus masa kita dengan baik. Masa untuk Allah, HARUS ada. Ambil masa untuk baca al-Quran. Al-Quran itu adalah guide untuk kita dalam kehidupan ini. Kata Kak Dina, al-Quran itu pelembut hati. Memang betul pun. So, don't leave al-Quran. It is a love letter from Allah SWT. Read it... :)

Saya sendiri masih banyak kekurangan. Tapi, saya menulis hanya untuk memberi peringatan bahawa mati saja kita, perkara pertama yang akan di soal adalah mengenai SOLAT kita. Apa yang kita mahu jawab ketika itu.

Allah beri kita 24 jam sehari,
Setiap waktu solat cuma ambil masa 5-10 minit,
Total masa yang di ambil untuk sehari,
Hanyalah 25-50 minit...

Tak lama pun kan?
Ayat ni selalu jumpa dekat surau-surau dan masjid-masjid
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

Laksanakanlah tanggungjawab kita dengan segera kepada Allah SWT..