Lama takkan Lupa

12:57 PM Faz.M 0 Comments


Bait pepatah barang yang lepas jangan dikenang
Hadir dalam diri tika ini
Aku fikir aku sudah cukup kuat
Aku fikir aku sudah melupakan
Nyata ia sukar
Kisah pahit semalam menerjah hati
Melumpuhkan kekuatan diri
Semerta Allah saja yang aku ingati
KeranaNya aku masih di sini
Mampu berdiri
Mampu harungi
Hidup di dunia ini

'Ujian tanda Allah sayang'

Benar
Telah lama ku temui
Hikmah disebalik yang terjadi
Allah sayang
Kerana itu Allah mahu aku kecewa dulu
Supaya aku tak kecewa kemudian hari
Supaya tiada lagi air mata yang mengalir
Sungguh, Allah perancang terbaik
Allah tahu yang terbaik
Buat aku, buat kamu dan buat kalian

Pada Allah,
Tempat aku bersandar
Terus mencari kekuatan
Menghapus rasa sedih hati
Yang tak pernah padam
Biar seringkali menidakkan
Pahitnya masih terasa
Kesan kisah akhir usia remaja

Jika ku mampu
Akan ku hembus segala debu hitam
Pahit lagi menyesakkan
Biar ia tidak lagi
Menerjah dinding hati yang telah diubati
Lama dulu
Moga aku mampu
Ya Ilahi....

Ujian tanda Allah sayang....

0 orang bagi komen: