Mereka Bukan Mahram Kita

1:07 PM Faz.M 1 Comments


Assalamualaikum...
Niat pergi ke web tu sebenarnya sebab nak tengok ada movie baru ke tak. Tup, tup ini yang saya jumpa...


Saya ingat saya dah tahu dan jaga semua. Rupanya tidak. Ada lagi yang saya tak tahu dan berjaga-jaga tentangnya. Yes, kita memang kena ambil tahu tentang hal ni sebab ia adalah berkenaan dengan halal haram dalam Islam. Saya ingat dengan mana-mana pak cik dalam keluarga jadi mahram kita. Rupanya tidak.

Pening? Memang pun. Saya rasa itu normal bila kita baru tahu. So, let me explain. Kita wajib berhijab dan wajib untuk menolak dari bersalam dengan suami kepada mak cik kita. Maksudnya adalah, mak cik kita tu adik-beradik kepada mak ayah kita. Maka, suami dia which is pangkat pak cik kita TAK BOLEH salam dan mereka BUKAN MAHRAM bagi kita. Tetapi, jika pak cik itu merupakan adik-beradik kepada ibu bapa kita, maka mereka merupakan mahram kita.

Saya fikir-fikir balik jadi serba salah sebab kalau boleh after this nak jaga semua benda ni. Tapi, silapnya orang melayu ni, bersalam tu dah dijadikan ADAT. It's a normal thing, bila jumpa orang tua kena salam. Tak ambil kira halal haram LANGSUNG. Well, HARAM tetap HARAM. Semua ni di ambil kira dan dihitung oleh Allah tau. So, please be aware. Saya pun baru tahu... :(

Kenapa saya serba salah? Sebab, saya dilahirkan dalam family yang berketurunan jawa. Orang jawa ni sangat menitik beratkan soal kekeluargaan dan persaudaraan. Bila time raya je menyinggah sampai ke mana-mana untuk jumpa saudara. Family kami rapat dengan family nenek saudara. Jadinya, ramai pak cik dalam family nenek saudara saya tu. Kena ambil tahu jugak ni yang memang tak boleh bersalam dengan dorang dah lepas ni. Kadang tu bila dah menyinggah saya pun naik pening bertanya siapa dia, siapa tu, siapa ni sebab nak menjaga batas pergaulan dan aurat saya pada mereka.

So, pada siapa yang jengah sini. Mintak tolong jaga semua benda ni ye. Especially, PEREMPUAN. Sila, take note tentang ni. Tak mau dah main redah macam saya ni. Harap-harap saya mampu buat mereka faham. Insyaallah. Permudahkan segalanya Ya Allah...

1 orang bagi komen:

ain dzaya said...

ain pun pening gak pasal nie..btw thankz sharing..da taw la skg..^^

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".