Saya dan masak :)

6:13 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Wanita dan memasak memang sinonim kot. Setiap wanita HARUS tahu memasak. Heheh. Saya ni takde la terer sangat. Mula memasak. Real memasak lepas habis SPM. Duduk rumah saja dan mak bekerja. Jadinya, saya la yang kena lakukan kerja-kerja rumah. Saya takde la belajar masak sangat. Cuma selalu tengok mak masak dan rajin bertanya. Setakat ni yang memang teringin nak cuba, masak rendang. Rendang mak memang paling SEDAP wo! :)

Nak kata saya ni suka masak pun takde la sangat. Tapi, saya suka eksperimen. Mula-mula tahu masak dulu suka-suka je buat ikan goreng kari kering la, ayam panggang la. End up dengan orang tak nak makan. Huhu. Sekarang ni pun masak biasa-biasa jela pun. Dulu, memasak jadi prioriti yang pertama dalam hidup saya. Kenapa pulak? Sebab saya tak berapa suka buat kek, kuih dan kuih raya. Pada saya macam leceh je. Banyak sangat bahan nak kena ingat. Main sukat-sukat lagi.

But, once kita teringin sangat nak makan apa yang selalu kita tengok orang makan. Itu yang buat rasa nak masak sendiri tu. Antaranya adalah...

TRIFLE. Ni sume pasal Cik Epal la nih. Dok tunjuk orang dia buat trifle, saya pun tringin. Itu yang dok cuba buat tu. :)

MACARONI CHEESE BAKED. Ni pun teringin jugak. Buat ni la paling best sekali sebab rasa dia yang lemak2 tu. Cuba la buat. Baru tau camne rasanya.. :)

PAVLOVA. Ni pun kes teringin jugak la ni. Tengok orang makan macam sedap je kan. Cuba la buat. Tapi, bila ikut resipi tu dia jadi manis SANGAT. Terus tak nak buat da lepas ni. Lagipun famli saya macam tak minat sangat nak makan.

CUP CAKE topping cream cheese. Yang ni dah lama betul plan nak buat. Last 2 weeks baru dapat buat. Takde la susah sangat pun. Tapi, sila abaikan decoration yang entah pape tu. Yang penting sedap untuk di makan. :p

Ini last minute punya planning. Cup cake ni buat khas untuk birthday anak buah saya yang comey lotey tu. Sebabnya, si pembuat kek kata tak dapat confirmation dari my sis. Jadinya dia pun tak buat kek tu. Sian anak buah saya tu takde kek comel. Jadi, kami semua pun buatkan kek ni. Yang topping jadi cantik sebab guna tenaga kerja yang pakar. Adik saya yang study HOTCAT tu. :)

Itu saja. Happy sunday and Thanks sudi jengah... :)


0 orang bagi komen: