Sehari bersama Mereka

10:56 PM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Hari ini. Penuh dengan cerita. Tak tahu mahu mula dari mana. Tapi, yang jelas fikiran kusut mengenangkannya. Apa pun, saya nekad. Ia harus dihentikan segera. Hari ini buat pertama kalinya berada di dalam jabatan kerajaan. Which one of that? Tak boleh bagi tahu. Yang pasti ada cerita disebaliknya yang buat saya rasa tak selesa dan tak setuju. Better saya undur diri sebelum lebih terjebak lagi. Mungkin pada orang lain ia isu kecil. Tapi, tidak pada saya.

Saya hanya mahu meluah pendapat. Saya tahu saya cuma ada masa sehari dan tak layak buat saya untuk menilai. Namun, saya tersepit di antara diri dan perjuangan Islam. Tarik diri bukan bermakna saya anti kerajaan. Tarik diri bukan bermakna saya sokong Bersih. Tarik diri bukan bermakna saya sokong DSA dan tarik diri bukan bermakna saya bersama pembangkang. I just wanna be free.

Politic issue sangat rumit untuk dibentang. Sungguh saya tak mampu lakukan tanggungjawab itu. Oleh sebab itu, saya mahu berhenti di sini. Saya hanya mahu menjadi rakyat biasa yang punya hak untuk bagi pendapat. Kata pun negara demokrasi. Pada saya, kita sendiri yang kena bijak untuk buat pilihan. Tak perlu di sogok dengan seberapa tinggi nilai RM pun sebab kita akan menilai dari segi kepimpinan mereka. Jika bagus, merekalah yang akan kita pilih. Saya sedih. Hilang respek pada mereka. Walau hasil kerja mereka bagus.

Mungkin entri ni banyak kiasan dari terus terang. Tak mengapa la. Sudah saya kata, saya hanya mahu meluah walaupun bukan secara direct. At least, saya sebagai rakyat berumur lebih 21 tahun tahu apa yang saya nak. Saya letih walau sehari bersama mereka. Berdenyut-denyut kepala lebih daripada biasa. Awak semua pun mesti ada pendapat sendirikan?

p/s: PRU makin dekat. Rasa macam tak mahu pergi mengundi pulak.. *sigh*

Thanks sudi jengah... :)

0 orang bagi komen: