Ujian disebalik persediaan

6:27 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum..
Niat untuk menulis tentang ni dari hari tu lagi. Tapi, my life been busy lately. It happen so fast. Pagi selasa saya cakap pada mak untuk bawa mak pergi klinik. Saya tanya sama ada mak demam atau tak sambil sentuh dahi mak dengan belakang tangan saya. Tak panas. Then, saya tanya if my mum was ok. And she said that dada berdebar-debar. Saya mula risau and promise to mak untuk bawak pergi klinik lepas kerja-kerja saya selesai.

Habis saja kerja saya pun bawa mak ke klinik. Lepas tempuh bermacam-macam pemeriksaan, doktor decide untuk minta mak saya terus ke hospital  sebab bacaan graf jantung mak laju walaupun mak memang takde penyakit kronik sebelum ni. Pagi tu saya memang sempat men'google' penyakit apa yang berpunca dari jantung yang berdebar-debar. Ia adalah penyakit jantung. Saya terkejut. Sebab selama mak saya bekerja, mak memang nampak sihat tanpa penyakit yang serius. Tiba-tiba je mak di kata ada sakit jantung.

Saya pun agak terpinga-pinga sebab time tu sorang je teman mak ke klinik. Lepas inform pada kakak dengan adik saya, saya terus follow ambulan bawa mak ke hospital. On the way ke hospital, saya tak berhenti berzikir dan berdoa semoga takde apa yang berlaku, semoga Allah permudahkan segalanya.

Saya tahu ini ujian. Bukan saja untuk mak. Tapi, untuk saya juga kami sekeluarga kerana mak dan saya dalam persediaan untuk lakukan ibadah Allah. Kerana itu saya tak henti-henti berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan kami. Kami semua rasa sedih. Maklum la semua anak perempuan. Kami sedih sebab risau dengan keadaan mak. Takut mak terlampau banyak fikir sampaikan kondisi badan mak jadi tak tentu.

Alhamdulillah. Satu malam di hospital mak di benarkan pulang. Masa tu memang rasa lega dan bersyukur sangat-sangat sebab mak dah boleh balik rumah. Saya tekad dalam diri saya nak jaga mak sebaik mungkin. Insyaallah. Itu jela yang saya mampu buat. Ia adalah masa untuk membalas segala pengorbanan mak pada saya sebelum ini. Insyaallah.

Sekarang ni, Alhamdulillah keadaan mak ok. Cuma, saya kena pastikan yang mak tak ambil banyak karbohidrat. Mak kena diet, kurangkan nasi, kurang masin dan manis. Semua tu kena ambil kira. Takpe, as long as mak sihat semula. Itu je yang saya dan yang lain mahukan. Bila mak sakit terus rasa macam-macam. Takut sangat. We can't live without mak. Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik buat ibuku, permudahkan segala urusannya dan kau panjangkanlah hayatnya untuk bersama kami sekeluarga. Ameen...

I love u so much mak. May Allah bless u and ease everything. Pembaca yang menjengah tolong doa sama untuk ibu saya ye. Terima kasih. :)

2 orang bagi komen:

saya said...

Moga Allah permudahkan segala urusan kak rin,

dan mak akk diberi kesihatn yang baik inshaAllah.

*rindu akak*

Terima kasih dik...tq jgk sbb tolong doakan..hari2 hanya itu la yg akak minta..moga Allah permudahkan setiap urusan yg akak buat...

p/s: me?miss u too dik... :)