Apa ertinya RINDU?

7:06 PM Faz.M 0 Comments


Jika kau tanya padaku
Apa ertinya RINDU?
Aku hanya tersenyum
Sehingga riak wajahku
Terpancar rasa gembira dan bahagia
Aku pasti ia akan buat kau tertanya-tanya
Masakan rasa rindu itu sangat besar maknanya?

Sungguh,
Aku cuma tersenyum lagi
Tanda rasa bahagia yang singgah di hati
Namun,
Wajah ceria dan gembira
Berserta senyuman ku sebelum ini
Hilang lenyap
Pergi di bawa bersama rasa rindu yang sarat

Lalu kau bertanya kenapa?
Adakah kerana Dia telah pergi?


Kepala ku geleng kanan dan kiri
Tanda telahanmu salah sekali

Lantas apa sebenarnya?

Kau bertanya lagi
Aku ku jawab segala persoalan
Yang sedang menerjah fikiran kau itu bahawa..
Dia, selalu ada di sisi tersemat di hati
Kau bertanya tanpa henti

Kenapa dan siapakah Dia?

Aku tersenyum kembali
Aku RINDU akan rumahnya yang paling Agung
Aku RINDU debu-debu pasir tanah haramNya
Aku RINDU bau haruman di rumah AgungNya
Aku rindu segala-galanya tentang Dia

Lalu siapakah Dia?

Dia adalah Allah
Allah yang aku RINDU tiap hari
RumahNya yang aku terbayang setiap pagi
Rindu ini takkan pergi
Selagi dua kaki ini
Tidak dapat jejak ke Tanah Suci
Untuk sekali lagi
Moga Allah makbulkan doa
Menjemput aku menjadi tetamuNya
Untuk tahun berikutnya..
Amin....

ALLAH, sungguh aku RINDU... :(

0 orang bagi komen: