Just an experience

8:28 PM Faz.M 2 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ini Insyaallah saya akan kongsikan pengalaman pertama saya berada di Madinah dan Makkah. Maaf sebab tertangguh agak lama. Bila dah back to Malaysia that means kena back to reality. So, bila ada je keje yang bertangguh, kena settlekan dulu.

Saya sepatutnya berangkat pada 8 June until 22 June. Tapi, Alhamdulillah, rezeki kami berempat flight di cepatkan ke tarikh 1 June sampai la 12 June. Tak kisahlah. Yang penting Allah dah permudahkan segala urusan kami sebelum dan semasa di sana. Bersyukur sangat.

Saya nak share pengalaman saya semasa di sana. Ini mungkin boleh di jadikan panduan untuk anda macam mana nak berhadapan dengan some situation yang dah saya lalui. Insyaallah.

1. Culture/Budaya
Kena ingat bukan orang dari Asia saja yang akan berada di Tanah Suci. Seluruh umat Islam akan berada di sana dengan niat yang satu. Iaitu beribadah. So, kita akan berhadapan dengan macam-macam ragam manusia. Masa ni la kesabaran kita akan teruji. Kalau dekat Malaysia kita senang-senang aje nak marah orang. Tapi, dekat sana sila jaga setiap kata-kata anda. SABAR. Itu yang paling penting sekali. Saya bagi contoh, fizikal wanita dari Iran, Pakistan memang berganda besar dari kita. Jadi, jangan cepat marah kalau mereka ada terlanggar bahu anda, tolak-tolak anda. Maybe, cara mereka memang begitu. Itu memang perkara biasa yang akan berlaku di sana. Tapi, mereka sebenarnya orang yang BAIK. SABAR. Ingat tu.. :)



2. Makanan
Alhamdulillah, dari dalam flight sampai saat akhir berada di Makkah, makanan yang disediakan sangat menyelerakan. Semua yang saya makan, sedap saja rasanya sebab lauk pauk semuanya masak ala melayu. So, takde isu tak boleh nak makan ke apa ke. Cuma nak cari makanan sendiri dekat Madinah tu susah sikit. Maybe, hotel kami yang terletak jauh dari bandar. But, siapa yang stay dekat hotel area bandar Madinah takde masalah rasanya untuk cari makan yang best-best dan sedap-sedap.

3. Penginapan
Saya rasa semua jemaah yang pergi sudah sedia maklum tentang hal ni. Alhamdulillah, pada saya hotel di Makkah dan Madinah dah cukup selesa buat saya. Asalkan ada katil, selimut dan bantal sudah memadai. :)
Hotel di Madinah memang luas dan selesa. But, di Makkah ruang yang ada terhad. Kena ingat la yang niat ke kita ke sana tu untuk beribadah. Terima saja. Lagipun, mana ada tempat tidur yang lebih best dari bilik tidur sendirikan? Di Makkah tengah ada construction besar-besaran untuk bina hotel-hotel mewah. So, hotel-hotel berdekatan tu sudah dirobohkan. Tapi, jarak hotel penginapan saya untuk ke Masjidilharam tak jauh mana pun. Dalam 300 meter camtu kot. Ok je untuk kita jalan sikit sebab setiap langkah kita untuk ke Masjidilharam tu akan dapat ganjaran dari Allah SWT. :)

Elyas Badia Hotel, Madinah


4. Shopping
Sebelum pergi ke sana, saya tak tahu pun harga barang dia memang murah dari di Malaysia. Sangat Murah. Lagi-lagi bagi orang perempuan yang minat pada jubah. Macam-macam choice ada di sana. Patut la ada je yang kirim barangkan. Boleh la beli buat kenangan dan buah tangan saudara-mara atau kawan-kawan di Malaysia. Tapi, ada certain tempat yang kita nak kena pandai tawar harga dan tolak untuk beli if dipaksa. Contoh macam dekat Jabal Thur dan Jabal Rahmah. Dia akan paksa kita untuk beli. So, kita kena bijak handle this situation. Just say NO if you don't want it ok... :)

Jual beli di Bukit Uhud


5. Umrah
Macam travel agent yang saya ikut, mereka bawa kami ke tiga tempat Miqat. Dari Madinah kami di bawa ke Bir Ali. Kemudian masa di Makkah kami di bawa ke Ja'aranah dan Tanaim. Kita akan pergi ke Miqat untuk berniat umrah dan ihram. Bila kita dah ke sana, barulah tahu macam umrah itu dibuat. Dari langkah pertama sampailah berakhirnya umrah. Masa first umrah, tiba saja dari Madinah tempat jam 12.30 malam kami semua terus buat umrah. Feeling masa tu, Allah saja yang tahu. Lagi-lagi masa tengok Kaabah for the first time. Allahuakbar. Bergenang air mata saya. Bila tawaf tu, rasa sayu, hiba sangat-sangat sebab Kaabah tu hanya berada di sebelah saya. Alhamdulillah, syukur sangat saya dapat peluang ke sana. Menjadi tetamu Allah. Bila dah pergi, baru kita tahu macam mana perasaannya bila berada di sana. Balik saja di sini, saya terus berasa rindu. Sedih sangat kena tinggalkan Makkah. Kerana itulah, saya berhajat untuk ke sana lagi jika ada rezeki dan dengan izin Allah. Insyaallah, ameen...

Ini yang paling saya RINDU... :(

Miqat di Ja'aranah


p/s: Entri ni adalah pengalaman saya masa di sana dan juga sedikit tips bagi mereka yang ingin ke sana. Teringat kata seorang ustaz, nak pergi ke Tanah Suci tak perlu tunggu hingga sampai seru. Bila dah cukup duit dan mampu, pergi berkunjung ke rumah Allah yang paling agung. Insyaallah, moga Allah izinkan.

2 orang bagi komen:

Slm kak.. whaa.. bestnye. ain yg teruja. harap sgt2 dpt jejak kaki ke sane jugak one day.. doakn ye kak. ;)

wsalam..alhamdulillah...rezki sampai awal dik..insyaallah, ain msti dpt pegi satu hari nnt...ameen... :)