Sehati Sejiwa Serasi Bersama

8:28 PM Faz.M 0 Comments


Kerana kau jauh
Hanya nama tersemat di hati
Kerana kau jauh
Kita tak pernah saling mengenali
Kerana kau jauh
Kita tak pernah rapat
Kerana kau jauh
Kita tak pernah duduk bercerita
Kerana kau jauh
Kita tak pernah ketawa bersama
Kerana kau jauh
Tiada masa yang kita dapat kongsi bersama
Kerana kau jauh
Tidak pernah ada gurau senda antara kita

Lain pula jadinya di sana...

Kita mula mengenali
Kita mula mencari
Keserasian sesama sendiri

Kita mula bercerita
Kita mula berkongsi
Pelbagai kisah dan rasa
Ia benar buat aku gembira


Saat kau kongsikan saat bahagia
Yang bakal menjelang tiba
Saat kau minta secebis pendapat
Dari aku orang yang jauh
Mana mungkin akan ku lupa
Saat kita berpegangan tangan
Menuju ke Kaabah bersama-sama
Menyentuhnya dengan senyuman penuh bermakna
Saat kau katakan ada yang sama tentang kita
Makin berbunga rasa dijiwa


Sungguh takkan ku tahu
Apa yang kau rasa
Tak dapat ku telah
Apa yang tersimpan dibenak jiwa
Namun,
Aku mahu kau tahu
Apa yang ku rasa
Ada ikatan 'baru'
Sudah terjalin antara kita

Thank you for every moment we had been through from M to M..
Really appreciate it..
I miss u and love u..
My luvly cousin, AIN... ;)

Same model. But, different colour...

Ain n me... :)



0 orang bagi komen: