Cerpen: I need Allah...

11:13 PM Faz.M 0 Comments



kredit image: FB Sham Kamikaze

Fatihah membuka pintu bilik lantas langkahnya di atur ke dalam. di kerling sekilas ke sebelah kiri. Wafa sedang duduk bersandar di kepala katil bersama headphone yang tidak lekang di kepalanya. Matanya tertumpu terus pada komik di tangan.

Fatihah hanya tersenyum memandang teman sebiliknya yang agak dingin itu. Di buka tudung yang menutupi separuh tubuhnya dan di letakkan di kepala kerusi. Tiba-tiba Wafa mencampak komik di tangannya. Headphone juga ditarik rakus dari kepalanya.

"Semuanya tak kenalah dengan hidup aku ni. Kau tahu kenapa?" Soalan yang meluncur laju dari bibir Wafa itu mebuatkan Fatihah terpinga-pinga. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti dengan persoalan yang di ajukan oleh rakan sebiliknya itu.

"Aku dah bosan dengan hidup aku ni kau tahu tak? Hidup aku tak pernah tenang. Ada aje masalah yang datang. Keluarga aku. Semuanya serba tak kena. Kau nampak aje aku macam ni. Gila-gila, ramai kawan. Hakikatnya, jiwa aku kosong. Lagu-lagu yang aku dengar ni pun dah tak mampu nak tenangkan jiwa aku. Kenapa hah, Fatihah?"

Fatihah tersenyum. Di hayun langkah kakinya ke katil Wafa.

"Awak tahu apa tujuan kita hidup?"

Wafa hanya menggelengkan kepalanya. Fatihah mencapai tangan Wafa. Di elus lembut tangan gadis itu.

"Kita hidup di muka bumi ini sebagai khalifah untuk beribadah kepada Allah. Allah sendiri telah berfirman kepada malaikat di dalam surah al-Baqarah ayat 30. Tugas sebagai khalifah memang bukan mudah. Kita sendiri sudah sedia maklum tentang itu. Jadi, kita kenal diri kita dahulu. Siapa yang cipta kita dan apa sebabnya kita dicipta di muka bumi ini. Awak tahukan siapa Pencipta kita?"

Wafa tertunduk. Dia menutup mukanya sambil menangis teresak-esak. Ada perasaan halus yang menyusup ke benaknya saat soalan terakhir itu diajukan kepadanya. Dengan wajah yang basah dengan air mata, Wafa memandang tepat ke mata Fatihah yang masih tersenyum memandangnya. Bibir Wafa mengungkapkan sesuatu.

"Allah, Allah adalah Pencipta kita. Allah adalah tuhan yang satu." Sebak tutur kata yang di lafaz oleh Wafa. Fatihah tersenyum lagi. Rasa lega segera bertandang di hatinya kerana Wafa sedar akan hakikat itu.

"Apa yang awak dah buat untuk Allah? Pencipta awak yang Satu itu?" Fatihah tetap lagi dengan persoalannya.

Wafa tersentak. Dia menangis lagi. Kali ini kelihatan sangat hiba pada pandangan mata Fatihah. Di rangkul tubuh gadis itu erat.

"Menangis semahunya kalau itu yang boleh buat awak luahkan segala rasa awak itu Wafa."

"Aku sudah tersasar jauh Fatihah. Aku lupa Allah. Apa yang aku dah buat dengan hidup aku ni. Patutlah aku tak pernah rasa tenang. Hidup aku hanya diisi dengan perkara yang sia-sia. Bergelak ketawa dan berhibur sana-sini. Hakikatnya, ini." Wafa berkata sambil jari telunjuknya tepat ke dada.

"Kosong. Tak ada apa-apa. Kau boleh tolong aku?" Soal Wafa penuh berharap.

"Saya hanya mampu beri nasihat. Selebihnya, awak harus usaha sendiri. Rapatkan diri dengan Allah. Allah itu maha mendengar Wafa. Dia jugalah yang akan memberi pertolongan kepada awak. Solat dan berdoalah semahunya kerana Allah sentiasa berada di sisi setiap hambaNya. Cuma kita, kita saja yang sering lupakanNya. Ingat Allah. Dengan mengingati Allah, hati awak akan menjadi tenang."

Fatihah bangun dari duduknya. "Saya nak mandi, kemudian solat maghrib. Kita jemaah bersama ya?" 

Wafa tersenyum dan mengangguk. Hatinya tidak rawan seperti tadi. Tenang sungguh rasa hatinya. Benar bagai di kata, dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Wafa berjalan menuju ke almari. Di buka dan di capai telekung yang terlipat kemas. Air matanya menitis lagi. 

"Maafkan aku Ya Allah kerana melupakanMu. Ampunkan segala dosaku Ya Allah." Di peluk erat telekung itu.



0 orang bagi komen: