Keliru tempoh haid

2:27 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum....
Selamat petang dan berhujung minggu... :)
Saya rasa wanita atau perempuan memang selalu keliru tentang hal ni. Saya pun selalu keliru sebab tak pasti sama ada saya dah boleh solat atau tak, selepas pasti yang darah sudah betul-betul kering bila wujudnya lendir kekuningan. 

I just want to share about this sebab kadang-kadang kita akan terlepas pandang dan ambil ringan perkara ni. Padahal ia sangat penting untuk kita betul-betul berada dalam keadaan suci dan tenang untuk bersolat seperti biasa.



Soalan 1 :

Adakah keputihan yg keluar pada tempoh haid dikira dalam haid?
Masalah: Normally saya memang ada keputihan, warnanya kekuningan dan adakala kehijauan. Ketika saya mengalami haid, kebiasaanya darah habis pada hari ke-7/ ke-8. Pada hari berikutnya, keputihan yg biasa saya alami itu akan keluar spt biasa


Jawapan :

Kebanyakkan Ulama berpendapat bahawa warna kuning dan keruh tidak dianggap sebagai haid jika kedatangannya bukan pada waktu haid .

Tetapi Jika kedatangannya pada waktu haid (tempuh 15 hari) maka dikira sebagai darah haid, ini merupakan pendapat yang paling sahih dikalangan fuqaha` Syafi`e. pendapat ini dipegangi oleh Said Al-Musayyab, `Ata`, Al-Thauri, Al-Auza`ei, Al-Hassan, Ibnu Sirin, Rabi`ah dan lain-lain lagi.

TAMBAHAN :

Ittifa` (sependapat) dikalangan Fuqaha` bahawa , Warna darah haid pada hari-hari kedatangannya setiap bulan adakalanya Hitam, merah, kuning, atau keruh (diantara warna hitam dan putih). Dan tidak diketahui waktu kering darah yg tersebut itu melainkan dengan cara memasukkan sesuatu seperti kain atau kapas kedalam faraj untuk melihat dan memerhatikan adakah bekas darah haid itu tadi atau tiada.

Mengenal Akhir Haid (Sucinya)

Cara mengenalnya ialah dengan memasukkan sesuatu umpama kapas kedalam lobang faraj dan seterusnya lihatlah samaada telah putih bersih.Warnanya seperti warna hingus yg jernih maka itulah tanda bahawa wanita itu telah suci dan wajib mandi.


(Ruj : Fiqah Mazahab Syafie Jilid 1Ms: 345/345, )


Soalan 2:

Saya pernah bertanyakan pada seorang Doktor wanita mengenai masalah saya ini, ia mengatakan keputihan itu tidak dikira haid sebaliknya penyakit..


Jawapan :

Jika keputihan itu berlaku bukanBUKAN di dalam waktu haid maka ia BUKAN HAID, tetapi jika mengiringi dan di dalam waktu haid maka ia adalah darah haid.


p/s: Hope, dapat membantu anda yang sering alami masalah sama macam saya ni ye...



0 orang bagi komen: