Malam Nifsu Syaaban

1:12 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum....
Rasanya semua dah tahu yang esok adalah 15 Syaaban. Maksudnya, malam ini adalah malam nifsu syaaban. Nifsu Syaaban bermaksud setengah bulan syaaban. Pada malam ni buku amalan kita untuk sepanjang tahun ini akan di bawa naik oleh malaikat dan digantikan dengan buku amalan yang baru.

Ia buat saya terfikir, apa sajalah amalan yang saya dah buat sepanjang tahun ni. Takut jugak bila fikirkannya. Jadinya, malam ni amatlah digalakkan untuk kita banyakkan solat sunat, bertaubat, mohon ampun pada Allah di atas segala dosa yang telah kita lakukan, berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar. Lepas dah buat semua tu, ia di sambung pula dengan puasa sunat keesokkan harinya.

Apa tunggu lagi?

Ini adalah peluang kita untuk menambah pahala amalan kita kepada Allah SWT. Insyaallah, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua...Ameen... :)

0 orang bagi komen: