Pengubat rindu...

11:12 AM Faz.M 0 Comments

Assalamualaikum...
Sudah sampai hari yang ke-11. Alhadulillah, masih bernafas dan merasai nikmatnya Ramadan. Apa khabar semua? Saya curi-curi masa untuk menulis di kala sedang memotong kain customer. Eheh. Rasa tak syok pula bila dah lama tak menulis. Kadang-kadang nak menulis tu kena ambil masa yang lama. Pada saya la. Orang lain tak kot. Huhu.

So, di sebabkan kesibukan yang tak bertepi terpaksa la mencatat catatan harian seadanya je. Kongsi jela apa yang saya buat hari-hari plus apa yang saya suka dan rasa. Boleh gitu? ;)

Saya memang sengaja cari nahas sebab dah tahu rindu nak jugak tengok this program every week. Nak tau apa dia? Ni ha...


Program tv ni di siarkan sepanjang ramadan. Setiap hari Isnin pukul 11 malam di Tv9. Di terbitkan oleh company Aizat sendiri, Kasi Gegar entertainment. Wah, siap bagi info lagi tau. 

Seronok tengok, di samping nak mengimbau kembali kenangan saya berada di sana. Kadang-kadang saya takut saya lupa. Rasa tak puas sangat pergi sana. Niat untuk pergi lagi tu mesti kita semat dalam hati dan minta Allah permudahkan walaupun kita pasti akan tempuh bermacam-macam dugaan. Insyaallah.

Kadang-kadang jugak, saya rasa macam tak percaya dah sampai ke sana. Rasa macam mimpi. Sungguh. Program ni kira pengubat rindu saya pada Tanah Suci. Rindu sangat. Sekarang ni la lagi macam-macam kelebihan berada dekat sana yang saya tahu. Rasa ralat jugak sebab tak banyak ibadat yang saya buat masa dekat sana. Rasa rugi. Sangat rugi.

Itulah, Allah dah beri peluang keemasan tak nak hargai betul-betul. Sekarang ni dok rindu dan berangan nak ke sana. Eheh. Insyaallah, moga Allah sudi nak menjemput saya kembali ke sana. Itu la yang saya harapkan tak kira la berapa tahun akan datang pun. Insyaallah...

Rindu nak tengok Kaabah dan berdoa di hadapannya...


0 orang bagi komen: