Please Save Maryam

11:35 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sudah hari ke-4 kita berpuasa. Agak-agaknya, dah berapa juzuk Quran yang awak-awak semua dah baca ye? Sempat lagi ni. Jangan buang masa k.. :)

Saya rasa minggu ni memang ramai yang cakap tentang kempen Save Maryam ni. Saya mula perasaan dekat twitter last weekend sebab ramai yang tweet. Tapi, tak sempat-sempat nak click and watch the video. Most of the time saya online guna handphone je. Itu yang tak tekan-tekan link yang diaorang tweet and share tu.

So, this morning terperasaan yang kawan saya dekat FB ada share. Teruslah klik untuk tahu apa sebenarnya kempen Save Maryam. Ada jugak terbaca dekat twitter yang kempen ni ada kena mengena dengan saudara Islam di Indonesia. Lepas dah tengok barulah faham.

Save Maryam adalah kempen kesedaran kepada kita semua sepatutnya dan bukan untuk warga Indonesia sahaja. Believe it or not. Setiap tahun sebanyak 2 juta Saudara Islam kita di sana di kristiankan. Walaupun hakikatnya Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia. Tapi, tak mustahil lama-lama saudara Islam kita di sana akan berkurangan. Mengikut jangkaan mereka jika masalah ini berterusan, tahun 2035 nanti tak mustahil agama kristian akan memonopoli negara Indonesia. Takutkan?

Melalui video ni, kita akan lihat apa cara yang digunakan oleh mereka untuk menarik saudara Islam kita keluar daripada Islam. Terkejut jugak saya bila tengok tu. Tak sangka sebab sebelum ni bukan nak ambil tahu sangat pun keadaan di negara seberang. Bila dah jadi macam ni, we have to spread the word. Sebagai seorang Islam, mesti kita tak nak tengok saudara Islam kita yang lain rebah ke tangan mereka yang tak bertanggungjawab. Selain doa, hanya ini yang saya mampu lakukan. So, kepada semua penjengah dan pembaca Please Save Maryam.

Sila tonton video ini ya... :)

More info? Visit their official website: http://savemaryam.com/

0 orang bagi komen: