Ramadan is coming...

3:02 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Macam dah lama tak bercakap dengan blog sendiri. Bercakap means entri yang santai. Bukan cerpen, cerita, atau apa saja yang takde kena mengena dengan diri saya. Yeke?Hehe. Ada jugak yang relate sikit-sikit sebenarnya. Saya tahu, makin lama blog makin di pandang sepi sebab wujud macam-macam social network yang lain macam instagram dengan twitter. Eheh. Bunyi cam jeles sebab tak boleh guna instagram dengan handphone old school saya ni. :p

Ok, lets start! 

Insyaallah,tinggal satu hari je lagi Ramadan akan menjengah kita. Apa persediaan anda semua ya? Saya harap saya dapat nikmati kemanisan ramadan tahun ni mcam tahun-tahun yang sebelumnya. Insyaallah. Moga Allah izinkan. :)

Setengah orang, time Ramadan ni la sibuk bebenor. Lagi-lagi tailor macam saya. Hehe. Sebenarnya takde la busy mana pun. Bajet busy ada la kot. Eheh. Tapi, boleh tahan jugak la sibuknya tu. Alhamdulillah Allah bagi saya rezki dapatlah buat sikit tempahan menjahit. Syukur. Seronok sangat sebab tak sangka rezki saya ada tahun ni. Maklumlah dah jobless sekarang. Si penganggur yang tetap sibuk di rumah. :)

Mesin jahit dekat belakang tu dah jadi sahabat baik sekarang. Eheh. Sebenarnya dari dulu lagi. :)


Harap-harap sempat la saya jahit baju raya sendiri dan untuk famli sekali. Pulak tu naqibah saya minta tolong dia jaga bakeri dia. Buat saya risau jugak ni. Yela, mana nak kejar ibadah sempena bulan puasa, tempahan baju lagi. Tapi, serba salah pulak kalau saya tak dapat tolong dia walaupun sedikit. Hope, bila ada kelapangan dapatlah saya tolong dia sikit-sikit. Moga Allah izinkan. Insyaallah.

Semoga ramadan kali ni membawa keberkatan dalam hidup kita semua ya..Banyak-banyakkan berdoa sebab doa sangat makbul masa bulan ramadan. Lagi-lagi waktu siang. Kita semua ni hamba Allah yang lemah. So, nak tak nak kena juga mengadu dan minta pertolongan dari Allah. Jangan lupa tu... :)


0 orang bagi komen: