Filem Islamik. Iye ke?

11:06 AM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
First Islamic Film yang saya tonton adalah Syurga Cinta. Ok, saya bercakap tentang filem di Malaysia. Filem Islamik di negara seberang tolong tolak ke tepi sebab saya nak cakap pasal filem dekat Malaysia. Ok, masa tengok filem tu saya admit tak kisah sangat pasal hukum hakam. Filem tu memang ok sebab takde aksi sentuhan antara HERO HEROIN.

HERO HEROIN? SAJA?

Hmm, since heroinnya adalah Heliza, si gadis manis yang memang berhijab makanya sangat logiklah mereka tidak bersentuhan. Selepas dari filem tu rasanya Malaysia sepi sekejap dari filem Islamik. Seperti yang terjadi kepada filem Syukur 21. Saya ada tonton balik filem Syukur 21 ni. Filem ni memang awesome. Saya tak nak cari kelemahan. Asalkan ia masih berjalan mengikut garis panduan pun dah cukup.


Ok, tak lama lepas tu keluar balik filem islamik. Mungkin kerana kebanjiran drama-drama islamik dekat tv. Jadinya, muncul balik filem Islamik di Malaysia. Saya cerita ni berdasarkan filem yang saya sempat tengok ye. Kalau ada yang sebelum Aku Masih Dara ni maafkan saya. 

Lepas filem Aku Masih Dara saya sempat tengok 7 Petala Cinta dan paling latest adalah Salam Cinta yang saya sempat tengok selama 45 minit saja. Bukan saya tak nak tengok ye, internet slow yang buat saya tak dapat nak tengok sampai habis. Tapi, dari pendapat adik saya, dia kata filem ni best dan sedih. Positive comment. ;)


So, saya nak cerita apa sebenarnya ni?

Pada saya main point yang mereka cuba sampaikan dari semua filem islamik yang ditayangkan ni semua sama. Dari gadis/lelaki liar yang pada akhirnya bertaubat. Ok, ada sedikit pengajaran yang boleh kita dapat dari filem-filem ni semua.

Tapi!

Yang paling TAK SYOK adalah kenapa setiap kali filem islamik ni keluar mesti nak disertakan dengan adegan-adegan panas.

Adegan Panas?

Yes! 

Mesti kena ada scene dekat disko. Mesti kena ada scene wanita berpakaian seksi. Mesti kena ada lelaki yang mabuk-mabuk dan playboy. Mesti kena ada scene atas katil.

PERSOALAN.

Mesti ke kena ada semua tu? Pada saya jalan cerita semuanya dah ok. Menarik dan adakalanya menyentuh perasaan dan buat kita terfikir tentang Pencipta kita. Buat kita sedar sesuatu yang kita dah tinggalkan dari hidup kita. Tapi, saya rasa masalahnya adalah penulis skrip cubalah cari elemen lain yang boleh dimuatkan dalam filem islamik selain daripada adegan-adegan yang saya dah sebutkan tadi.

Plus, banyak cara untuk kita sampaikan maksud dalam sesebuah cerita. Tak semestinya perlukan adegan-adegan seperti tu. Mungkin, ada pihak di luar sana. Ehm, I mean seorang penulis yang mampu menulis skrip filem islam yang terbaik untuk hasilkan SATU filem islamik yang terbaik di Malaysia. Ada tak? Silalah munculkan diri anda. Huhu. 

Saya?

Saya setakat tulis dekat blog boleh la. Nak menulis skrip memang tak reti. Kalau reti maybe saya boleh cuba buat kot satu naskhah filem islamik yang baik. Or I should ask Hilal Asyraf to do that? Ehm, dia memang seorang penulis yang BAGUS dan AWESOME! Lagi best kalau Hlovate boleh buat semua tu. :)

Owh, ye. Saya pernah juga tengok talk pasal topik filem islamik dekat Malaysia ni. Ada dua talk kalau tak silap. Satu tu panel dia Kak Wardina dan lagi satu Ustaz Hasrizal. Ada lagi. Dekat Youtube la saya tengok. Pengisian yang bagus. Mungkin korang patut tengok jugak. :)

p/s: Soundtrack Filem Syurga Cinta is the best. Instrumental by Mohram. :)

0 orang bagi komen: