Komunikasi tak berkesan?

6:46 PM Faz.M 2 Comments

Assalamualaikum...
Zaman dulu kalau nak bercakap kena berjumpa. Masa tu la dapat berborak panjang. Kalau nak luah perasaan layan emosi sikit tulis lah surat dan poskan. Tak lama lepas tu, wujud pulak telefon. Walau jauh tetap boleh dengar suara dan bercerita walaupun sekejap aje. Muncul pulak si telefon bimbit. Lagi senang dan mudah nak bercerita dengan sms saja.


Tapi, dalam sedar tak sedar semakin lama kemajuan teknologi ni dah membuatkan berlakunya masalah komunikasi sesama kita. Amboi, tak habis serius pulak cakap macam tengah tulis karangan penulisan kertas 2 pula ye. Huhu. Tapi, betul. Ini serius. Memang la teknologi tu memudahkan kita. Macam adanya email sebelum wujudnya social network. Tak payah nak keluar banyak duit untuk call famli yang jauh beribu batu ketika kita di perantauan. Lepas ada je social network macam friendster, myspace dan paling glemer lagi meletop facebook. Semua tu memang dah memudahkan kita. Selain dari tanya khabar dapat jugak share gambar pada famli kita.


Yang mudahkan kita tu la sebenarnya banyak mendatangkan masalah juga. Macam facebook dan twitter. Dulu-dulu jadi tempat update status tengah buat apa je. senang cakap aktiviti seharian la. Tapi, sekarang dua benda ni dah jadi macam medan perang untuk bergaduh pulak. Siap berbalas-balas lagi tu. Haih, macam-macam hal. Saya sendiri tak berapa setuju dengan cara tu. Kenapa?

Tahu tak Whatssapp? Dia kira macam chatting free dekat handphone selagi ada talian internet di sisi. Wah, gitu. Tak payah susah-susah sms guna kredit kan? memang la seronok sebab kita akan menaip seolah-olah sedang berborak dengan orang tu tanpa ambil tahu tentang perasaan mereka. Sebab kadang-kadang tak sedar terlebih gurau sampai dah sakitkan hati orang. It's true. Benda ni jadi sebab orang tu tak takde depan kita dan kita sendiri mana la nak dapat agak emosi dia masa tu kan. Kita rasa kita bergurau macam biasa je. Rupa-rupanya dia dah terasa. Owh, sangat tak best rasa itu.


Komunikasi tak berkesan. 

At least, bila ada depan mata kita akan terus pujuk orang tu and say sorry. Tapi, bila dah jadi camni pendam punya pendam lama-lama sendiri makan hati. Double tak best la kalau camtu. Sama macam kita komen dekat facebook orang. Kadang-kadang ikut la apa yang kita update tu. Dah kalau kata mengupdate tu mengundang tanda tanya dan fitnah, bila ada yang diri tak punya insurans tu main lepas jela cakapkan. Dah ramai yang membaca. 

Macam artis tu la. Kesian jugak dekat dorang sebab ada tu dah la like artis tu. Dah like/follow, bila artis tu upload gambar yang tak bekenan dekat mata dia, suka-suka je nak mengutuk. Ish-ish, tau tak yang awak mengata tu mahkluk ciptaan Allah tau. Kalau tak suka tak payah la like/follow dorang. Lagi bagus jangan amek tahu langsung pasal dunia artis ni. Ha, senang camtukan? kurang sikit dosa tu.


Sebenarnya ini semua berbalik dengan tindakan kita juga. Most importantly, kita sendiri kena berhati-hati dengan apa yang kita nak cakap, apa yang kita nak komen, gambar yang kita upload dan apa yang kita nak share dengan orang. Bimbang, tersilap langkah akan menjadi fitnah terutama sekali wanita/perempuan. Please be aware ladies... 

So, camne nak atasi benda ni. Pada saya, paling penting sebelum nak menulis apa-apa nak cakap apa-apa atau nak kongsi apa-apa fikirlah dulu. Kita pun mesti la tak nak orang salah anggap pada kita kan? Kan? Ke tak kisah? Ehm, walau apa pun, yang penting setiap apa yang kita lakukan kena fikir akibatnya dulu sama ada baik atau buruk untuk kita. :)

Wassalam..
Thanks sudi jengah....


2 orang bagi komen:

ya, saya stuju ,, dlu facebook n twitter , best ,, xda kacau bilau ,, skrng asal ada mslah, pnyebab ny dr facebook n twitter, sbab apa ? sbab status je ,, x ke naya tu ..

Faz.M said...

tu la wawa..sebabkan dorg tak aware benda ni jadi la kes polis..lagi bahaya tu..ehm, teknologi mmg memudahkan..at the same, menyusahkan juga..